Monday, December 22, 2008

Kaizen: Sticker a.k.a branding

Sticker/label untuk bungkusan kulat segar dah habih. Sebelum ni dah print kali ke 2. Yang memula buat, masa pengeluaran kulat pertama. Habih label print ke-2 ni, maknanya dah lebih dari 3000 paket kulat segar dah kami pasarankan. Cuma kat sticker tu, tak dak nombor siri saja :P


Sticker lama (biru) dan baru (hitam)

Masa terima label print ke-2, kami dok congkak.. sticker (yang kaler biru) ni jatuh rega sekupang (10sen) sekeping. Nak takat rega 1 set cap. Katakan sepaket kulat RM1.00, tolak kos sticker sekupang.. dah jadi 9kupang (90sen).

Tapi tak dinafikan label memain peranaan penting. Jika kita pentingkan kualiti dan perniagaan jangka panjang - sticker harus lekatkan. Mudah untuk orang kenali produk kita.

Kali ni aku rasa kena buat kaizen skit. Pi kedai alat-tulih cari sticker label. Dapat bersaiz 19mm x 50mm. 1 paket ada 10 helai dan setiap helai ada 24 sticker. So 1 paket ada 240 sticker. Rega? cuma RM2. Aku beli 5paket - RM10



Balik rumah aku guna technical drawing application Microsoft-Visio. Ukur dia punya measurement dan kedudukan sticker.. then paste-paste-paste. Kemudian masa print korbankan 2-3 helai sebagai testing. Masa tu adjust balik mana2 yang lari.

Dengan 5 paket berharga RM10 (5x10helaix24sticker) dapat lar 1200 keping sticker. Congak balik sekeping sticker cuma 0.0083sen saja. Berbanding 10sen sekeping yang kaler biru.


Cetakkan mudah terhakis

Bila buat kaizen untuk sesuatu, pasti ada kelebihan dan kelemahan. Selain daripada penurunan kos, sticker baru ni tidak kalis air (pengunaan kertas murah) dan tulisan cetakkan mudah terkeluar bila diguris. Sebabnya sticker ni dicetak penggunakan printer mono-laser yang menggunakan karbon sebagai toner. Tidak seperti printer laser-color.



Jadi untuk mengatasi masalah kalis air dan tulisan cetakkan mudah hakis, aku lekatkan sticker baru ni antara helaian paket plastik - Canteek..settle!