Wednesday, May 28, 2008

Bangsal - Minggu ke 2

Dari Guar Chempedak kami singgah (makan tengahhari) di Teloi tengok progress bangsal sebelum menerus perjalanan mencari habuk kayu di Baling.

Berukuran 20" x 40" dan dibina oleh 3 orang pekerja. Agak tinggi sedikit ketinggian bangsal, ini membolehkan kami membina 4 tingkat rak berbanding 3 seperti jangkaan di kertas. Kemungkinan kena guna tangga untuk memunggut hasil :-) dan sejumlah 18k-20k beg media boleh muat didalamnya.

Jangka siap dalam 2-3 minggu lagi bergantung keadaan cuaca. Kebelakangan ini hujan kerap turun disebelah petang. Harap2 cuaca elok sepanjang pembinaan.

Lepas ni nak kena uruskan atap nipah plak. Fazali dah "book" dari Merbok. Insyallah tengah Jun sampai. Tapi kami usaha untuk ambik sebahagian dari jumlah pesanan untuk pasang oleh pekerja binaan.




Monday, May 26, 2008

Habuk dan Dedak

Alhamdulillah.. beberapa tugas yang direncanakan untuk minggu ini berjalan lancar. Memandangkan kami berdua masih bekerja, jadi segala urusan projek ini cuma dapat dibuat pada hari minggu dan kami "bertulangkan" Yazid bagi menguruskan kelancaran projek dihari berikut.

Antara 3 rancangan, satu daripadanya terpaksa ditangguhkan.

1. Pendaftaran nama syarikat
Setelah berpakat kami berpendapat untuk tubuh satu syarikat yang mana ia diterajui oleh kami bertiga - aku, Fazali dan Yazid. Ini bagi mudahkan urusan perniagaan dimasa hadapan.

Ditangguhkan kerana kakitangan SSM/ROB terlalu cerewet (tidak setuju) dengan 3 nama syarikat yang cadangkan oleh kami. Tanpa memeriksa dalam ROB database samada ianya telah didaftar atau belum. Bagi aku cerewet dia keterlaluan sehingga memberi pandangan yang kurang munasabah. Antara komen dia (pak cik tua dalam 50an) tak boleh ada nombor, tak boleh ada singkatan perkatan English, nahu nama syarikat salah dan dia siap cadangkan, boh "Nama sendiri" contohnya - Hamidon Enterprise. Huh! ni.. sapa tauke nih.

Dari pengalaman, kami memang ada daftar nama syarikat sebelum ni. Lebih kurang sama format macam nama syarikat kami yang lepas. Tapi tak la kena reject macam orang tua ni. Habih teruk pun.. depa kata - "Nama syarikat dicadangkan dah ada dah"

Bagi aku nama syarikat adalah bebas tak semestinya merujuk pada perniagaan yang dijalankan.

Hampir >10min dok bertegang leher dengan orang ramai dok queue dibelakang, aku ajak Fazali keluar dan kami bersetuju untuk daftar dihari dan tempat lain - Bagi orang tua tu menang.

2. Cari Dedak Padi
Setelah 2 lawatan ke kilang proses padi di sekitar Guar Chempedak.. alhamdulliah kami dapat tawaran harga salah satu bahan untuk buat beg media. Walaupun sikit mahal dari jangkaan tapi untuk permulaan, itu sudah baik. Mungkin boleh dibuat Kaizen dikemudian hari.






3. Cari Habuk Kayu
Dari 2 sumber yang diperolehi oleh kami, ia boleh diperolehi di Baling tapi kami tak ada maklumat lanjut seperti alamat atau telefon pembekal. Setelah redah >15km+ dari Teloi, kami jumpa Kilang kayu getah yang terletak ditepi jalan utama. Lepas sembang2 dengan pemilik kilang, rupanya dia tak jual habuk kayu...

"Aarrrkk..." terkedu aku..

Tapi... dia tolak habuk kayu kat orang tengah. Diberinya aku nombor telefon dan teruih dail. Alhamdulillah - dapat tawaran harga untuk habuk kayu.

Thursday, May 22, 2008

Tapak Bangsal

Hari nie..ari Jumaat..16 Mei, macam biasa tiap-tiap ari.aku pun bukak email..tup-tup, Haris reply aku punya email kelmarin...katanya, dia sangat sibuk dalam minggu ni sebab terlibat dalam aktiviti Perkhemahan Nur Iman anjuran Kelab Sukan Kompeni. .tak sempat nak jumpa lepaih abis kerja...Aku paham sangat, .sebab aku pun besa kena... kat Kompeni nie,... kalu diaorang tau kita nie ada expertise sket aje..pasti kena jadi kadam la..

Minggu nie..aku pun sibuk gak, kena buat housekeeping dlm bilik warranty dgn group aku sebab MD nak mai buat visit kat Kompeni minggu depan..sampai kena buat layout semula...tiba-tiba, aku rasa something yang tak kena ari nie..aku check "Personal" schedule,.laaaa...bestday aku ari nie rupe nye...meningkat lagi usia aku nooo.harap-harap, projek kami nie berjaya sebelum tiba bulan Mei tahun depan..

So, bukak balik email Haris....Aku reply dan bagi tau, minggu nie tak ada apa sangat...aku cuma nak balik Teloi pada ari Sabtu sebab nak pi bincang dengan tukang kayu yg nak buat rumah cendawan kami tu..bukan nya apa, pak mertua aku mintak aku pi explain sendiri kat tukang tu...bagi dia clear tentang kita punya requirement....lepaih tu, nak bagi duit advance utk beli barang peralatan bangsal sama.

Hari Sabtu, jam 2.00 petang, sesampai aje aku kat rumah pak mertua, aku pun ronda kat belakang rumah.nak tengok apa citernya...sesampai saja..fuuuhhhh, mak datok besaq dan luas nya..boleh bikin sebijik lagi rumah macam kat ruang tamu rumah sekarang...Aku apa lagi, teruih capai tape pengukur...ukur keluasan tanah yg dah diratakan...woooiiiitt.64 kaki x 31 kaki...besaq.besaq.kata hati ku.. Lepaih tu..aku pun ambik gambaq sebab nak tunjuk kat Haris nanti..








Kemudian, aku ambik kertas kosong buat sketch...ada lagi kawasan yang kosong nie, bule buat extend lagi..otak aku mula dok buat planning...tang nie, boleh buat bangsal habuk kayu, tang nie bule buat tempat kukuih beg media + bilik suntik benih.tapi apa-apa pun, rumah cendawan mesti kasi naik dulu..aku pun habaq kat Yazid..."Jid, sat ni hang pangge tukang kayu tu".."Petang sat ni bang, lepaih dia abis reja kat rumah pak ngah" kata Jid pada ku...aku pun pi survey kat hujung tepi curam,..bukan apa, saja nak tengok baki panjang tanah yg ada lagi..mmmnn masih panjang kata ku..

Petang tu, lebih kurang jam 5.30 pm, tukang kayu namanya "Yob" datang dgn kereta mazda merahnya, berhenti kat belakang rumah...apa lagi aku, pak mertua, Jid pun dok melepak sama kat bawah pokok rambutan...sembang punya sembang, Yob pun tanya kat aku ..."nak buat camna ni" dgn slang kelate nya...aku pun bukak file dan ambik drawing yg dah aku design.."woooii, canggih nie, siap dgn pelan" kata Yob pada ku...aku pun renyeh je ..Sambil tunjukkan drawing tu aku pun explain satu-persatu..Yob kehairanan."pasai apa dindingnya pakai dawai kelilin".."Nie kalu bule, tak mau bagi tiquih ka, tupai ka atau ulaq masuk dalam bangsal...sat gi depa buat sarang ni payah".kata ku padanya..barulah Yob angguk tanda faham.

Sambil dok pekena kopi O yg mak mertua aku sediakan, Yob bagi tau aku yg dia nak bawak balik drawing tu utk buat bujet..beli barang untuk bangsal...so, aku habaq kat dia, kalu nak beli barang tu bawak la pak mertua aku sebab duit tu ada padanya nanti..Yob pun setuju..Secara sepontan, aku pulak bertanya.."bila nak beli barang dan brapa lama bule siap?"...Yob renyeh pulak kat aku,.."Lusa bule pi beli sebab nak abih kan sket lagi kat rumah pak ngah,.nak siap tu sat ja...paling lama pun dua minggu..

2 minggu, aahh.tak sabar rasanya nak start projek cendawan nie...pak/mak mertua aku nampaknya macam aku gak, bersemangat..pak mertua aku habaq..kat kedai Umaq tak nampak ada jual cendawan..dah lama putus bekalan...so, aku pun cakap."Haaa..tu tandanya ada pasaran untuk kita, kita bule pi jual kat dia"..sebelum nie, macam biasa la..ada suara sumbang yg perleceh usaha/projek yg sedang kami buat...tak ada pasaran la...bau/rasa macam kayu la..pasai apa tak buat bagi lagi besaq la, tak untung..dok perata makan tanah orang lain la..tapi apa yg aku bangga dgn keluarga mertua aku ialah kerana depa selalu bertanyakan pendapat pada ku walaupun bagi aku, mereka boleh buat keputusan sendiri..sebab itulah bila aku nak buat projek cendawan kat belakang rumah, diaorang bagi sokongan pada ku.

Cendawan Round ke-2 dari beg Yazid




Target aku..bukan setakat nak memajukan projek ini dan menjadi "Usahawan" tani yg berjaya bersama partner aku.....tapi untuk membuka mata orang di sekitar rumah mertua ku agar berfikiran positif menerima perubahan dan berusaha memajukan diri serta keluarga....sama seperti projek wiring sebelum ini, sedang.. dan yg akan aku lakukan...

Mfazalig..signing off..

Wednesday, May 21, 2008

Beg Intro

Sementara Fazali dok perusah penaik bangsal di Teloi, aku contact beberapa pengusaha di sekitar Kedah. Seperti dalam perancangan, kami budget dalam RM3k++ untuk pembelian beg media yang telah matang dalam 3 ribu beg sebagai beg permulaan. Tapi bergantung pada kos per unit, ianya sebagai..

1. Pembakar semangat (selepas bangsal siap).
2. Belajar mengawal kelembapan dan pencahayaan dalam bangsal.
3. Pengeluaran pengenalan - hasil jualan boleh dibuat pusingan modal untuk bahan media.

Setelah bersembang dan rundingan harga daripada beberapa pengusaha, akhirnya kami dapat harga yang berpatutan – RM1 satu beg. Pengusaha tersebut bersetuju untuk hantar beg yang dah 2 bulan matang. Tambahan pulak lokasi pengusahan berdekatan dengan kampung aku.

Tuesday, May 20, 2008

Plan Rumah Cendawan

By Fazali

Pada mulanya, rumah cendawan nie aku plan nak buat yg simple aje. Macam yang aku observe dan surf beberapa blog dan juga info yang diterima. So, tak la susah sangat. Dalam hati kata, "isshh, yang nie Jid (panggilan adik ipar – Yazid) pun boleh uruskan"

Pada mulanya aku plan nak buat rumah cendawan yg keluasannya 20 kaki X 10 kaki. Tempatnya di kawasan lapang belakang rumah Pak mertua aku. Dah cukup luas nie, boleh naik bangsal, modal pun tak banyak, tak payah nak perata tanah gak. Kemudian, adik ipar aku "Yazid" pulak bertanya, "bang, tak kecik ke?.."

Aku pun terkedu sat...Sebenar nya, aku dok bimbang juga kalu-kalu Jid tak mampu nak uruskan bisness cendawan nie seorang diri. Maklum saja, aku masih lagi bekerja dan tak boleh nak bantunya setiap hari nanti.. Aku paham maksud Jid tu, jikalau kecik, hasil pulangan tak la lumayan. So, aku pun slow talk dengan dia.

"Jid, kita try dulu, kalu risiko dan defect kurang, hasil nya meningkat.. baru kita tambah bangsal, OK, la ni kita extend ke 20 x 15 kaki pulak."

Dia pun setuju dgn cadangan aku walaupun dalam hati, aku masih lagi bimbang nak kena revise additional budget untuk projek cendawan nie.

Selang beberapa hari, aku ke pejabat utama dan berjumpa dengan sahabat baik aku. Haris, sembang punya sembang pasal progress cendawan.biasa la, aku citer padanya status memohon pinjaman dari MARA yg aku rasakan banyak "Red Tape" bagi orang baru macam aku nie yg betul-betul ingin mengusahakan sendiri projek cendawan. Aku pun story sket kat Haris,

"Camna bang , depa nak 6 bulan period punya register company dan bank statement account, baru boleh nak apply..so, aku punya plan B...aku nak buat personal loan dengan Bank Rakyat ka atau Bank Islam.." kata ku pada Haris.

Dan Haris pulak ceritakan pengalamannya dengan Jefri di Balik Pulau dgn Hj. Marzuki. Tup-tup, dia cadangkan untuk joint venture sebagai business partner untuk projek cendawan nie. Aku pun setuju dgn idea tu, sebab aku tengok dia bersungguh-sungguh dan semangat untuk buat cendawan.. at least, aku ada gak partner yg mempunyai matlamat dan tujuan yg serupa untuk sama-sama berjaya. Aku kata kat Haris
"Hang mai tengok dulu tapak lokasi kat rumah pak mertua aku, lepaih tu hang nak top-up banyak mana ka.itu citer kemudian la". So, dia pun setuju.

Hari minggu, 27 April 2008, Haris datang kat rumah aku. Plan tu nak tengok lokasi projek di rumah pak mertua aku. So, kami sampai di Felda Teloi Timur pada jam 11.45 pagi. Kebetulan pada waktu tu Jid dan pak Mertua aku ada di rumah. Kami pun tinjau kat tapak sambil aku pun explain keluasan tanah yang sedia ada vs plan asal bangsal. Tetiba-tiba pak mertua aku mencelah dan bagi suggestion..
"Tebang pokok cempedak dan nangka kemudian perata tanah bagi jadi luas, buat bangsal tu biaq besaq sikit".

Aku pun surprise gak kata-kata pak mertua aku tu, betul ke nie.. Yang ni bukan line clear lagi dah tapi dah bagi "Lesen Kontraktor Kelas A" fuuhhh.. So, on the way back to SP. Haris dgn semangat berkobar-kobar bagi tau yang dia nak pi sertai kursus cendawan di Aloq Setaq pada 3hd Mei nanti (hari sabtu). Aku pun setuju dengan niat dia tu...aku pun bagi tau kat dia, cuti 1 Mei iaitu Hari Pekerja (hari khamis) nanti aku nak balik ke Teloi sebab nak ukur keluasan tanah dan buat discussion sikit dengan Jid untuk cari tukang yg boleh buat bangsal.

1 Mei - Hari cuti, sampai saja dirumah pak mertua, aku ambil tape pengukur dan terus mengukur.. fuuuhh panjang nie 50 kaki lebih ni dan lebar pulak 30 kaki. Itu belum perata tanah lagi, kata ku..betul kata pak mertua aku, boleh pi 60 kaki. Tapi sebab kawasan belakang tu berbukit, bercerun curam plak so setakat nie pun jadi lah.. Tengahari, Haris hantar sms kat aku bertanyakan status beg media Jid yang ke-3.. aku pun ada feedback kat dia tentang keluasan tanah tu. Lepaih tu, hari sabtu, Haris hantaq sms lagi, nampak gempaq sikit message tu..

"Hang naik 40 x 20. Aku backup hang, By hook by crook, kita kasi jadi".

Waaa... kawan aku nie dah terbakaq habih, dengan aku pun kena bahang nya.... Fuuuhh nak kena revise lagi budget nie kena buat betul-betul.

So aku terfikir, takkan bangsal 40 x 20 nak buat plus/minus je, leceh la kalu orang tau aku nie in-charge "Quality System & Planning" di QMT Dept, tak boleh manage/planning own project.. then, idea buat rekabentuk rumah cendawan dgn segala perisian yang aku ada ..adobe illustrator + photoshop + ms Office dll..mmm hasil nya tak la secanggih mana pun..buat plan nak bagi kat tukang yg buat bangsal tu paham ja.. Kalu canggih sangat technical drawing aku nie, tukang kayu bertambah kayu pulak kang... heee.heee



Macam yg aku intro.. Plan nie simple aje. Keluasan binaan 40x20x12 kaki, berbumbungkan atap nipah, dikelilingi oleh dawai mata punai. Tujuannya, aku tak mau bagi tikus, tupai, ular atau sebagainya masuk kedalam bangsal nanti. Nak kena jaga kebersihan dan kualiti cendawan dari sebarang pencemaran kemudian, dawai mata punai akan dilitupi dgn plastik hitam. Tujuannya nak bagi gelap didalam bangsal di samping memastikan pengaliran udara yg baik. Lagi pun lokasi tu pun dikelilingi oleh pokok-pokok - pastinya bertambah redup dan sejuk. Lepaih tu, aku buatkan lubang air, tujuan nya bila nak bersihkan lantai nanti senang lah air hendak keluar mengalir. Target kami, rumah cendawan nie nanti boleh memuatkan sebanyak 10 ribu beg media dan dari kiraan yg aku buat 10,600 beg saja. OK dah tu. Mungkin boleh pi lebih..

Harapan aku.. semua planning yang kami buat ni mendapat keredhaan allah dan restu dari keluarga mertua disamping cita-cita kami tercapai sebagai "Usahawan" baru dalam bidang yg serba baru bagi kami..

Master Schedule


Signing Off - Mfazalig.

Tuesday, May 13, 2008

Buah tangan

Lepas kursus di Alor Star hari ahad, depa kasi 5 beg cendawan yang dah matang. Balik rumah terus bukak kata En.Izwan. Hari Isnin malam baru sempat bukak penutup.

7 May 2008 @ 8:25pm - Rabu


Beg #4

8 May 2008 @ 7:18am - Khamis

Beg #4

Beg #1

beg #2

Beg #3


9 May 2008 @ 7:28am - Jumaat



Beg #1 dan #2

Beg #2 dan #3

Beg #5 mula tunjuk taring

9 May 2008 @ 8:56pm - Jumaat


Beg #5 - ..ketinggalan

Besaqnyer

10 May 2008 - Sabtu
tengahari.. buat lauk




380gram utk 4 beg. Bleh makan 2x.

Pinjaman

Alhamduliah.. kelmarin (12 Mei 2008) loan partner dah approved. Aku sebagai penjamin. Ingat nak mohon pinjaman dari pertanian, tapi mengambil masa yang panjang dan banyak "red tape". Seriau kami pulak yang "sejuk". So partner aku buat personal loan dari bank tempatan

Aku tambah sikit dari duit simpanan aku. Jumlah share aku dengan partner 1/4 dan 3/4.

Plan kami, nak naik bangsal 20"x40", beli beg yang siap benih (30% matang) sementara tunggu hasil, kami cuba buat beg sendiri dalam kadar yang kecil. Mungkin 400-500 beg sebulan. Kalau teknik betul dan kadar kerosakkan beg kecil maka.. kami mula operasi secara komersial.

Mungkin pada ketika itu aku akan buat permohonan pinjaman tambahan samada dari Jabatan Pertanian atau peribadi.

Insyallah moga dipermudahkan perjalanan kami.

Monday, May 12, 2008

Kursus @Alor Star

Tarikh: 3 May 2008 / Sabtu

Aku hadiri kursus penanaman cendawan komersial di Alor Star. Anjuran projekcendawan.blogspot.com. Bermula jam 8:30am sampai jam 5 petang. Di Komplek Sultanah Bahiyah.



Tak ramai yang hadir, lebih sikit dari 10 orang barangkali. Aku tak kisah berapa orang yang hadir. Janji ilmu dan pengalaman dari penceramah En. Izwan dapat aku fahami dan pelajari.

Para peserta diberi beg yang mengandungi buku panduan beserta contoh sample seperti habuk kayu, dedak padi halus, kapur pertanian, plastik beg cendawan, termasuk leher dan penutup beg.

Pada sesi pagi, kursus lebih kepada teori berkenaan cendawan seperti tayangan video dari siri tv Agro Journal, jenis2 cendawan, proses2 penanaman cendawan, peralatan, ciri2 bangsal, penyakit2 dan pemasaran.

Selepas makan tengahari dan bersolat di masjid sebelahan, En Izwan mula menumpukan pada latihan praktikal. Para peserta diajar membuat beg cendawan dengan sukatan nisbah habuk kayu, dedak padan kapur 100:10:1. Jumlah air secukupnya sehingga kepalan campuran habuk kayu tidak terlerai.


Gotong royong

Bilik kursus

Macam bancuh simen

Gotong royong II

Contoh periuk kukuih

Cara susunan beg2 dalam tong drum kukusan

Kemudian ditunjukkan contoh tong drum untuk kukusan. Dalam kursus ini En. Izwan lebih menekankan pada bagaimana untuk memulakan penanaman cendawan dengan kos minima. Para peserta perlu berkreatif mencari alternatif disamping menerangkan perkara2 asas. Contohnya bina rak kayu dari buluh, guna guni sebagai siling dan juga dapat mengekalkan kelembapan, guna bahan2 terpakai dan lain2.


Contoh hasil cendawan

Diakhir kursus, para peserta diberi 5 beg yang telah matang (balik, bukak penutup dan tunggu 4-5hari) serta sijil penyertaan dan senarai nama/tel sesama peserta. Harapan pihak penceramah semoga para peserta dapat saling menghubungi bagi membina rangkaian dimana kita dapat bertukar pendapat, khidmat teknikal dan pemasaraan.



Terima kasih pada En. Izwan dari projekcendawan.blogspot.com, isyallah kita akan saling hubungi nanti.

Isnin @8:30pm - Baru bukak penutup

5 beg depa bagi, 2 beg lagi aku gabuih dari contoh hasil cendawan (dgn izin En.Izwan)

Friday, May 9, 2008

Partner and Teloi

Somewhere earlier in April before visit Cendawan Balik Pulau.

Tengah dok surf blog2 cendawan, mai kawan aku - Fazali, lepak kat kubik aku - sembang2. Dalam dok gebang + mengumpat :-) tersebut lak aku nak berhenti nak buat/tumpu pertanian cendawan.

Dia pon setuju, tapi memula aku tak berapa percaya sangat level confident/setuju dia tuh. Dok anguk2 dan dengar aku cerita pasai cendawan dari blog2 yang aku baca 2-3hari lepas.

Aku bagitau dia ada kursus penanaman cendawan kat Alor Star yang dianjurkan oleh projekcendawan.blogspot.com, kalau dia berminat nak pi. Dan aku pulak masa tu dok kalut tunggu orang ke-3 yang mana isteri aku selamat bersalin pada 12 April. Baby pompuan. Jadi aku tangguh dulu kursus tuh.

Senyap2 member nih hantaq pi ipar, Yazid pi kursus dulu dan siap lengkap kertas kerja bersama plan perniagaan dan juga artikel2 berkenaan cendawan - Member nih.. lagi advance!

Selepas seminggu bercuti, Fazali call aku kat opis. Katanya dia dah terbakaq nak buat cendawan lepas tengok CD daripada ipar. Aku minta buat CD-copy nak tengok kat rumah. Memang betul! CD projekcendawan.blogspot.com memang membakar.

Lepas dung-dang-dung-dang dengan Fazali kat opis hari berikutnya. Kami ambik keputusan untuk jadi partner. Kami bersetuju untuk invest bersama-sama dan mula projek cendawan di rumah pak mertua dia di Felda Teloi. Memandangkan kami masih bekerja, Fazali minta Yazid tolong tengok2kan/uruskan. Dia setuju.

Hari minggu tu aku buat lawatan tapak. Bukan apa.. cuma nak tengok lokasi, samada sesuai atau tak. Sebab aku pon ada rumah kosong sendiri kat kampung Sg. Lalang.


Cadangan lokasi habuk kayu dan kukusan

Tapak bangsal

Cadang untuk naik 20x40

Canteeekk.. 12:30pm. Masih redup dan sejuk

Tapak cadangan rumah bangsal terletak betul dibelakang rumah mertua dia. Pak mertua dia pon sporting/minat dengan cadangan kitaorg. Siap suruh/cadang traktor tolak 3-4 pokok nangka+cempedak bagi luas. Lokasi.. memang canteekk. Redup. Dikelilingi pokok2. Jam menunjukkan 12:30.. canteek tak panas/peluh.

Yazid tunjukkan kami beg2 media yang diberi percuma di kursus cendawan minggu lepas.. peeehh! terbakaq!!


Beg kit lepaih hadir kursus cendawan diAlor Star

Yazid bawa keluar dari bilik dia

2 dari 8 beg dah keluar Cendawan. Teruja gilar aku.

Baru nak cambah

Aku cakap kat partner aku, Fazali...
"Kita kena buat sampai jadi. Target aku.. cukup tawon ni bagi surat!"