Wednesday, November 12, 2008

Kalendar

Update tentang aktiviti kulat di BKE.

Habuk Kayu
2 minggu lepas habuk kayu pon dah habih. Call pembekal 2-3hari kemudian dia mai hantaq 5 tan. Masuk kali ni baru 2 kali kami beli habuk kayu. Rega.. naik RM30 berbanding semasa beli semasa rega minyak masih RM1.97 - Kira2 4 bulan yang lalu. Tapi aku perhatikan quality habuk kayu elok sikit berbanding yang lalu. Kali ni size dia haluih dan kurang bendasing lepas ditapis


Longgokkan habuk kayu

Memandangkan beg2 matang pon dah makin bertambah, maka rak tuai pon makin bertambah. Dan beg media yang berjumlah >2500 yang dibeli dari Agrosun pon dah makin "penat" - kulat cuma keluar 1-2 batang saja.


Gambaran terkini dalam bangsal BKE

Kami berpendapat untuk rombak semula group buka-tutup secara melintang. Sebelum ni group kulat ditentukan dengan antara rak-rak. Contohnya.. group1 rak A, group2 rak B, group3 rak C dan seterusnya.



Dilukih oleh Fazali


Masalahnya rak A, B, C terdiri dari beg2 penat. Berbanding dengan rak L, M dan N dimana ia terdiri dari beg2 yang active. Maka pengeluaran harian jadi tak seimbang. Jumlah tuaian rak A jauh rendah berbanding rak M walaupun jumlah beg yang sama dibuka.


Formula 9buka-9tutup-14group

Rack-ID: Dibahagi sama-rata berdasarkan Group#

Sticker label untuk dilekat pada rak


Kali ini kami buat secara melintang, dimana kulat aktif digandingkan bersama dengan rak beg media yang penat sebagai satu group. Jika ada beg matang, ia akan catatkan dalam jadual Rack-ID. Dengan ini, kami berharap jumlah pengeluaran dapat diseragamkan.