Friday, January 16, 2009

Snek Kulat

Pi shopping minggu lepas beli barang2 dapur untuk stock sebulan di pasaraya Billion, Sungai Petani. Terjumpa paket snek kulat tiram kelabu yang dikeringkan. Terdapat 3-4 perasa. Aku beli yang perasa original dan dikepil bersama sample paket perasa kari secara percuma.



Dikeluaran oleh satu syarikat pengeluar kulat terbesar di Johor, snek ini masih kekalkan rupa asal kulat. Boleh nampak batang kulat yang putih dan kelopak kulat yang berwarna kelabu. Tektur kulat ini telah disedut keluar kandungan air dan ringan serta rapuh.



Rasanya.. emm ralit aku makan sambil tengok TV. Tup2 habih. Bagi aku perasa original lebih sedap berbanding perasa kari. Minggu depan mungkin pi cari perasa yang lain plak.

Masalah II

Masalah: Kulat Hijau
Kebelakangan ni banyak beg yang telah matang dan juga beg peram di serang kulat hijau. Kulat hijau ni mudah berjangkit. Jika satu beg kena.. sat ajer dia pi serang beg lain. Ingat "rumah putih" bleh serang "rumah hijau" balik, tapi rupanya rumah putih tewas - surrender.



Itu bagi beg dah matang (yang dah pi pungut hasil), yang hairan beg peram (tak pernah buka penutup) pun diserang kulat hijau. Macam gambaq dibawah. Secara asasnya mungkin faktor kebersihan telah diabaikan, tapi aku nak tau jugak dimana punca mai kulat hijau ni.



Setakat ini aku dapat rujuk dari slides bertajuk - "Pengurusan Perosak dan Penyakit Tanaman Cendawan" oleh MOhd Jali b. Atan daripada Jabatan Pertanian, Putrajaya. Salah satu point menarik perhatian "..kandungan karbohaidrat tinggi dalam campuran media".

Karbohaidrat ni mai dari mana?. Campuran beg ni cuma ada habuk kayu, dedak, kapor dan air.





Masalah: Mesillium hilang?
Mesillium kulat tumbuh ditengah beg dan terus ke bawah. Diatas atau di penutup leher beg tiada tanda2 koloni mesillium. Beg peram ni memang tak pernah dibuka penutup sehingga tempoh matang. Heran aku pasai apa dia start kat tengah then turun kebawah. ..atau diserang hama?

Thursday, January 1, 2009

Lawatan Ahli Parlimen Merbok

Pada 30/12/08 jam 5.45 petang, Ahli Parlimen Merbok iaitu Dato’ Rashid Din telah melakukan kunjungan ke rumah Cendawan Bumi Kulat di Felda Teloi Timur. Tujuan utama lawatan beliau adalah untuk melihat perkembangan Projek Kulat Orang Kampung yang akan dilakukan secara usahasama diantara Bumi Kulat Enterprise (BKE) dengan Parlimen Merbok.



Beliau telah ditemani oleh pembantu peribadi serta rakan-rakan untuk melihat secara dekat proses penjagaan cendawan serta mendapat maklumat mengenai Cendawan. Disamping itu juga, beliau melahirkan rasa kagum apabila di maklumkan tentang aspek kebersihan yg menjadi keutamaan didalam bangsal iaitu ketika proses pembenihan sehinggalah ke penuaian.



Dato’ Rashid Din yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS-EMOS telah memberikan beberapa cadangan untuk penambah-baikan serta idea-idea bagi mengembangkan perniagaan BKE.




BKE juga bebesar hati atas kunjungan tersebut dan berharap ia adalah merupakan perangsang untuk BKE bertambah maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

- Fazali

Monday, December 22, 2008

Kaizen: Sticker a.k.a branding

Sticker/label untuk bungkusan kulat segar dah habih. Sebelum ni dah print kali ke 2. Yang memula buat, masa pengeluaran kulat pertama. Habih label print ke-2 ni, maknanya dah lebih dari 3000 paket kulat segar dah kami pasarankan. Cuma kat sticker tu, tak dak nombor siri saja :P


Sticker lama (biru) dan baru (hitam)

Masa terima label print ke-2, kami dok congkak.. sticker (yang kaler biru) ni jatuh rega sekupang (10sen) sekeping. Nak takat rega 1 set cap. Katakan sepaket kulat RM1.00, tolak kos sticker sekupang.. dah jadi 9kupang (90sen).

Tapi tak dinafikan label memain peranaan penting. Jika kita pentingkan kualiti dan perniagaan jangka panjang - sticker harus lekatkan. Mudah untuk orang kenali produk kita.

Kali ni aku rasa kena buat kaizen skit. Pi kedai alat-tulih cari sticker label. Dapat bersaiz 19mm x 50mm. 1 paket ada 10 helai dan setiap helai ada 24 sticker. So 1 paket ada 240 sticker. Rega? cuma RM2. Aku beli 5paket - RM10



Balik rumah aku guna technical drawing application Microsoft-Visio. Ukur dia punya measurement dan kedudukan sticker.. then paste-paste-paste. Kemudian masa print korbankan 2-3 helai sebagai testing. Masa tu adjust balik mana2 yang lari.

Dengan 5 paket berharga RM10 (5x10helaix24sticker) dapat lar 1200 keping sticker. Congak balik sekeping sticker cuma 0.0083sen saja. Berbanding 10sen sekeping yang kaler biru.


Cetakkan mudah terhakis

Bila buat kaizen untuk sesuatu, pasti ada kelebihan dan kelemahan. Selain daripada penurunan kos, sticker baru ni tidak kalis air (pengunaan kertas murah) dan tulisan cetakkan mudah terkeluar bila diguris. Sebabnya sticker ni dicetak penggunakan printer mono-laser yang menggunakan karbon sebagai toner. Tidak seperti printer laser-color.



Jadi untuk mengatasi masalah kalis air dan tulisan cetakkan mudah hakis, aku lekatkan sticker baru ni antara helaian paket plastik - Canteek..settle!

Wednesday, November 12, 2008

Kalendar

Update tentang aktiviti kulat di BKE.

Habuk Kayu
2 minggu lepas habuk kayu pon dah habih. Call pembekal 2-3hari kemudian dia mai hantaq 5 tan. Masuk kali ni baru 2 kali kami beli habuk kayu. Rega.. naik RM30 berbanding semasa beli semasa rega minyak masih RM1.97 - Kira2 4 bulan yang lalu. Tapi aku perhatikan quality habuk kayu elok sikit berbanding yang lalu. Kali ni size dia haluih dan kurang bendasing lepas ditapis


Longgokkan habuk kayu

Memandangkan beg2 matang pon dah makin bertambah, maka rak tuai pon makin bertambah. Dan beg media yang berjumlah >2500 yang dibeli dari Agrosun pon dah makin "penat" - kulat cuma keluar 1-2 batang saja.


Gambaran terkini dalam bangsal BKE

Kami berpendapat untuk rombak semula group buka-tutup secara melintang. Sebelum ni group kulat ditentukan dengan antara rak-rak. Contohnya.. group1 rak A, group2 rak B, group3 rak C dan seterusnya.



Dilukih oleh Fazali


Masalahnya rak A, B, C terdiri dari beg2 penat. Berbanding dengan rak L, M dan N dimana ia terdiri dari beg2 yang active. Maka pengeluaran harian jadi tak seimbang. Jumlah tuaian rak A jauh rendah berbanding rak M walaupun jumlah beg yang sama dibuka.


Formula 9buka-9tutup-14group

Rack-ID: Dibahagi sama-rata berdasarkan Group#

Sticker label untuk dilekat pada rak


Kali ini kami buat secara melintang, dimana kulat aktif digandingkan bersama dengan rak beg media yang penat sebagai satu group. Jika ada beg matang, ia akan catatkan dalam jadual Rack-ID. Dengan ini, kami berharap jumlah pengeluaran dapat diseragamkan.

Friday, October 31, 2008

Keremut



Kebelakangan ni banyak plak beg kulat yang kami buat menghasilkan kulat-kulat yang keremut. Ini menjadikan masalah semasa packing. Kekadang tuh, terpaksa kami reject atau makan sendiri sebab ia kurang menarik dipandang atau dijual.



Nak kata kurang air, tapi sedara daun kulat yang satu beg dengan dia tak berkeremut pon. Biasanya kalau kurang air, batang kulat akan kekuningan. Tapi yang ni.. ok - putih dan kenyal.



Yang dapat aku observe, kebanyakkan yang jadi adalah beg yang pertama kali buka penutup atau pertama kali keluar kulat. Adakah ia baru belajar nak kembangkan daun kulat?

Thursday, October 30, 2008

Plastik Beg

Ada sorang kawan reja kat kilang plastik, aku minta bantuan dia buat plastik beg kulat. Dia tanya spefikasi/material plastik yang aku dok pakai. Jenis PP dan 3.5"x13.5" kata aku.

Menurut kata kawan aku nih.. resin untuk material PP mahal sikit berbanding resin plastik yang lelain. Dan kilang dia pulak tak pakai resin PP sebab tak banyak permintaan untuk buat plastik beg.


Kiri - PP dan kanan - HDPE

Antara kelebihan plastik PP nih..
1. Lutsinar
2. Tahan lasak
3. Tidak elastik - kalau orang kedah kata.. tak meree.
4. Tahan panas
5. Rasa kasar/keras sikit

Dia setuju untuk buat beg kulat untuk aku tapi bukan pakai resin PP - HDPE. Satu lagi jenis resin untuk buat plastik. Aku pon tak berapa tau macam mana rupa HDPE plastik beg dan dia bersetuju untuk mengeluarkan beberapa helai sample/contoh untuk aku test buat beg media, test kukus dan test peram.



Jadi minggu lepas (sabtu), prototype HDPE beg plastik kulat siap berpandukan sample plastik beg PP yang aku bagi dan aku terus test buat beg kulat (ujian 1). Aku dapati sifat HDPE berbanding PP
1. % lutsinar berkurang
2. Tahan lasak? - diragui sebab nipis dan lembut
3. Mudah elastik
4. Tahan panas? - diragui sebab #2
5. Rasa nipis dan lembut


HDPE yang kembaq 2 kemetot tuh

Aku seriau nak test kukuih (ujian ke-2). Satgi habih lecur, terabuq habuk kayu dalam tong-drum tuh. So aku cuma test begging takat 2 beg saja. Tu pun aku seriau gak, untuk ujian ke-3. Takut dereluih (jatuh) dari kayu rak sebab ketot/pendek sangat.



Kesimpulannya jangan dok gatai buat beg kulat pakai material selain PP. Guna apa yang orang dah praktik. Perkuatkan perkara2 asas pembuatan/pengeluaran kulat. Tapi tak salah jika mencuba. Mungkin aku kena cari tempat lain untuk buat cost-reduction a.k.a kaizen a.k.a improvement.