Friday, October 31, 2008

Keremut



Kebelakangan ni banyak plak beg kulat yang kami buat menghasilkan kulat-kulat yang keremut. Ini menjadikan masalah semasa packing. Kekadang tuh, terpaksa kami reject atau makan sendiri sebab ia kurang menarik dipandang atau dijual.



Nak kata kurang air, tapi sedara daun kulat yang satu beg dengan dia tak berkeremut pon. Biasanya kalau kurang air, batang kulat akan kekuningan. Tapi yang ni.. ok - putih dan kenyal.



Yang dapat aku observe, kebanyakkan yang jadi adalah beg yang pertama kali buka penutup atau pertama kali keluar kulat. Adakah ia baru belajar nak kembangkan daun kulat?

2 comments:

SlimBudget said...

Utk round pertama memang selalu mcm tu. Pengalaman pertama .. :D

Lagi satu sebab tak muat nak keluar. Round pertama btg nya biasa besar, jadi daun nya kadang kala tersepit sikit, mencacatkan rupanya.

Unknown said...

biasa la tu..kali pertama keluar. Consentration CO2 yang dibebaskan adalah tinggi dari biasa (2 bulan terperam)dan ini yang menjadikan cendawan kerepot.Insyallah hasil kedua akan seperti biasa.