Friday, October 17, 2008

Kulat BKE

Tarikh: 12 Oktober / Ahad
Lokasi: Dalam bangsal @Teloi Timur

Jam 5pm. Patut aku balik dah.. tapi hujan lebat kat luar tuh. Sambil dok tunggu hujan seriat aku layan kulat beg pilot. 100% buatan BKE (Bumi Kulat Enterprise). Setakat ni dah >5000 beg telah dibuat. 4000 masih dalam proses pengeraman secara peringkat.






Minggu lepas kami telah melangkah setapak dengan menjual bongkah2 matang pada seorang kawan yang berminat tentang kulat. Walaupun tak banyak tapi cukup memberi kami semangat untuk meneruskan dan mempelbagaikan perniagaan pertanian berasaskan kulat.


Beg penat - Beli dari Agrosun bertarikh 23/5

No comments: