Friday, October 17, 2008

Tetamu dihari raya

Setakat la ni >1000 beg pilot matang dah sedia untuk dituai. Bermula dari tarikh 26/7 hingga 22/8. Rasanya agak pelahan progress pembikinan beg. Boleh dikatakan 1 bulan kami cuma mampu membuat 1000beg. Itu yang termampu dibuat oleh kami secara manual + part-time. Antara tarikh tu.. ada jugak yang belom diliputi sepenuhnya oleh mesillium - Aku kasi "masa tambahan" sampai minggu depan.


Beg pilot matang


Beg masalah. Dok cari pengusaha cacing untuk dijual.

Dalam bangsal kami.. dah ada kawan2 yang tak diundang. Antaranya
1. Semut bontot merah nak macam semut api/selangor
Depa buat sarang antara beg media. Sekali kena ketit.. rasa macam semut api kata Fazali. Dah la tu.. depa pakat2 perusah kulat kami. Habih batang/daun kulat ditokaknya. Ubatnya... spray ridset lar.




2. Lipas
Yang ni kalau nampak.. pelan2 pi dekat dia.. piung kena jetik. Tapi kalau nampak dek Fazali.. habih penyek. Aku terbaca blog mycendawan, dia ada cadangkan supaya kita tanam pokok serai wangi keliling bangsal. Untuk mencegah serangan lipas secara biologi. Teringat aku ubat serai wangi yang dijual dikedai RM2 untuk menghalang serangga.. mungkin boleh diguna pakai seperti menanam serai wangi.



3. Menatang hitam dok celah insang kulat. Apa nama?
Yang ni boleh dikatakan banyak jugak. Ramai2 pakat dok celah insang kulat. Bila usik skit.. depa lari. Hala ke batang. Macam mana nak atasi masalah ni?



4. Unknown / hama?
Tetamu yang betul2 aku bara... nak panggil apa pon aku tak tau. Nak kata hama.. rasanya makhluk ni halus tak nampak dek mata kasar. Tapi jelas sedang berlari/bermundar-mandir dimulut beg kulat. Kaler kelabu. Ramai plak tuh. Akibatnya semua beg yang dihinggapinya kelihatan kering. Rasanya mesillium/kulat dah tak nak tumbuh dah. Habis satu 1/3 rows rak dimusnahnya. Buatnya bergayut pi rak sebelah... habiih. Setakat ni aku kasi tutup rehat sehingga makhlus ini dikenal pasti.



Click untuk saiz sebenar

Click untuk saiz sebenar

Habis semua beg menunjukkan masalah kekeringan

Kalau ada kawan se-usahawan yang pernah ter'kena' atau terdengar.. Mohon input/pandangan macam mana nak basmi tetamu #3 dan #4 nih. Saya dahului dengan terima kasih.

No comments: