Friday, July 18, 2008

Persiapan akhir

Minggu akhir sebelum buat pilot beg minggu depan.

Ada beberapa peralatan dan barangan yang perlu kami beli untuk persediaan minggu hadapan. Antaranya lampu kalimantang berserta sarang, wire, penunu bunsen, skru drebar untuk kejut benih cendawan dalam botol, sealer untuk pembungkusan hasil, pam sembur air bergalas dan benda2 kecik yang lain.

Nampak macam benda2 remeh.. tapi ini yang kami dapat lakukan pada cuti. Nak pi beli pada hari kerja/weekday memang tak sempat. Masuk 7:50am, keluar 5:30pm.. dah meleleh. >8 jam kena "taruh".

Jadi hari Sabtu lepas..

Sesetengah rak kayunya masih lembut/basah dengan ubat (disapu di kilang), telah ditumbuhi spora kulat. Aku seriau spora kulat ini akan menyerang beg media yang dibeli dari Relau.

Jadi aku dan fazali sepakat bersih dan basuh rak2 kayu. Tonyoh dengan berus sabut sampai keluaq serabut kayu. Nasib baik anak sulong Fazali mai tolong.. jadi reja cepat habih.

Ahad..

Daripada list barang yang dibuat 3-4 hari sebelum tuh.. kami pi shopping kat kedai hardware Pekan Lama dan Giant Sungai Petani. Ada beberapa barang terpaksa kami tangguh kerana harga diluar jangkaan.



Baru habih basuh rak

Balik ke Teloi,
Fazali uruskan wiring dan pasang lampu dan aku sembur ubat pembasmi kuman ke rak2 kayu - Kasi bunuh spora kulat kayu.

Kekadang aku rasa macam buat kerja-kerja "bodoh" seperti mesin rumput, sembur racun, basuh lantai berbanding kerja2 aku di opis main dengan server, baju kemas, dikelilingi oleh peralatan/gadget yang hi-tech..

..tapi aku rasa puas, sebab aku bekerja untuk diri sendiri. Bukan untuk memenuhi matlamat boss aku. Kat opis.. baguih tera mana aku buat pun.. tarak dapat apa pon. Kot nak ucap terima kasih, tahniah, well done, belanja minum teh se-cawan, tepuk-bahu kaa or any appreciation word - Haram 0.

Tapi kalau silap.. yang tu depa ingat/tunjuk kat kita. - Lumrah kerja makan gaji.


Bilik suntik (pasai apa depa cakap "suntik"?) taruh benih

Actually kami pulun basuh dan sembur ubat basmi kuman sebab hari Selasa ni beg media pembakar semangat kami berjumlah 3 ribu akan sampai. Yeahaaa!

No comments: