Thursday, July 10, 2008

Rak

Makin hari makin tak sabar plak aku dan fazali nak start buat beg media. Bahan2 asas semua dah ada. Mungkin ada beberapa benda kecik2 nak kena beli/shopping hujung minggu ni dengan Fazali.

Aktiviti dicuti hujung minggu lepas - buat rak.

Pada mulanya ingat nak buat sendiri rak kayu berpandukan plan lukisan dari Fazali tapi rasanya kami kesuntukan masa dan excited, kitaorg bersetuju untuk meminta bantuan Yeop. Setelah dia tengok sample rak dan plan lukisan pada hari Rabu lepas, dia setuju untuk membina bersama seorang pembantu - Daud.


Rak sample dibuat pada hari Rabu

Hari Sabtu (5 Julai) aku, fazali dan jid sama2 membantu Yeop+Daud bagi mempercepatkan pembinaan rak.


Yeop pasang rak single 20kaki

Yeop sebagai perancang/ketua ditugaskan membina tiang-tiang utama. Dia akan tentukan kedudukan tiang supaya sama/tepat dan kekuatan rak.


Daud tengah penaik double-side rak ke 4

Daud, ditugaskan membuat frame2 rak.


Double-side ke 6 dibantu oleh Fazali dan Jid

Jid dan aku, tukang potong kayu. Manakala Fazali, tukang potong dan memastikan pembinaan mengikut spefikasi yang dirancangkan diatas plan.


Plan rak 20x40

Terdapat 6 rak double-side sepanjang 10 kaki yang boleh dimuat antara 800-900 beg untuk satu side. 1 side rak sepanjang 10 kaki, 1 side rak sepanjang 20 kaki dan 1 rak double-side 25 kaki.


Rak Type 1

Rak Type 2

Rak Type 3

Rak Type 4

Mengikut jangkaan/perkiraan dari Fazali, jika disusun setinggi 4 tingkat sejumlah 18,000 - 19,000 beg media dapat dipenuhi. Nampak gaya.. lepas ni kami kena pulun buat beg.

Alhamdulilah, lewat petang kami dapat siapkan hampir keseluruhan rak, kecuali rak 25 kaki akibat kekurangan kayu 1x2. Tiang utama dan frame untuk rak tersebut telah dinaikan oleh Yeop. Kami memerlukan sekurang-kurangnya 400 kaki lagi kayu 1x2 sebagai pelantar rak.

Hari ahad, aku, Fazali dan jid perabih kerja buat pelantar rak. Sambung mana2 kayu balen. Harap2 tak patah bila susun beg media nanti.


Rak last 25kaki

Siap

Nak kena basuh minggu depan

Beg media dari tempat kursus

No comments: