Wednesday, July 2, 2008

Kayu

Aktiviti minggu lepas?..
Seperti dalam post sebelum ni, secara fizikal bangsal dah siap cuma dalam tu kosong tak ada rak lagi. Semua bahan keperluan untuk buat beg media dah ada.. cuma tak tau nak taruh mana kalau tak ade rak.

Mulanya nak naik rak untuk separuh bangsal, tapi terpikir lak aku.. kang ganggu plak konsentrasi kulat tengah dok naik pada rak yang dok sedia ada. Silap2 kena habuk kayu.. habih semua beg media.

Fazali ada buat budget/kira2 untuk beli kayu 1x2, 1x3 dan 2x4 berdasarkan harga kayu dari kedai untuk seluruh bangsal - Lebih RM2k.. Duh!

Teringat aku pesanan Pak Mat (drebar lori yang hantaq atap) yang beri cadangan suruh beli kayu terus dari kilang. Lepas dapat petua lokasi dari Pak Mat, kami terus redah cari kilang kayu kat Pinang Tunggal.

Kat sekitar kawasan tu, terdapat beberapa kilang kayu. Lepas tanya abang guard kat Kilang kayu memola..

"Kayu nak buat rumah ka?"
"Eeerrr ha!"
"Nuuuuhhh masuk dalam lagi.. sebelum jirat cina."


Nah aaaiihh.. punya dalam. Lalu bawah landasan keretapi. Redah jalan tanah merah. Lecah.Berlopak-lopak. Terasa macam join Camel Trophy. Patut 4x4 saja layak boleh masuk.





Fazali tengah dok deal dengan tauke kayu

Lepas bincang dengan tauke kilang kayu berkenaan jumlah kayu yang diperlukan dan harga per kaki... kami dapat save hampir 50% dari budget asal. Fuh!.. terus bayar deposit, confirm tarikh ambik kayu dan lori dengan Pak Mat.

Ahad,
Pasang net tambahan. Cover baki jaring besi yang tak tertutup. Sebelum ni jaring 70% telah dipasang dah keliling bangsal. Tapi rasanya masih cerah bila masuk dalam. Aku dan fazali pi beli net tambahan kat Pekan Bukit Selambau. 50% gelap.

Dengan bantuan Jid dan ipar Fazali alhamdulilah.. kami dapat siap sebelum jam 6.

...habis reja projek cendawan untuk cuti minggu lepas.


Nasib baik dibantu oleh Jid dan ipar Fazali (tee putih).. habih cepat

Nampak kemas sikit.. lepas pasang net tambahan

p/s: Masa dok pasang net, Kak Ros dari Agrosun Ent. informed, 3000 beg media matang dah bersedia untuk diambik pada 12 Julai. Canteekk..

No comments: