Monday, July 28, 2008

Beg Media Matang

Tarikh: 15 Julai 2008 (Cuti Jublee Emas Sultan Kedah)

3000 beg media matang yang kami tempah telah siap kata K.Ros pada seminggu yang lalu. Jadi aku dan Fazali dok cari tarikh yang sesuai memandangkan cuti mingguan kami tak dapat dipenuhi oleh K.Ros.

Tup2 nak jadi rezeki.. Kerajaan Kedah umum cuti hari Selasa sempena Jublee Emas Sultan Kedah - Canteekkk.. teruih kami apply cuti.

Pagi tu @8am Yusri, Jid (ipar Fazali) join trip aku dan Fazali ke Relau (kedah) yang mengambil masa sejam dari Sg. Petani.

Penghantaran beg media terpaksa dibuat 2 trip memandang saiz lori yang agak kecil - 1 tan setengah mungkin. Setelah siap dinaik kira2 1500 beg, Yusri jadi juru arah kepada pemandu lori untuk ke Teloi Timur.





Manakala aku, Fazali dan Jid memohon K.Ros beri taklimat ringkas atau refresh balik ilmu cendawan yang kami hadiri kursus beberapa bulan yang lalu. Panjang lebar tips2 diberikan oleh K.Ros. Sesekali diuji kami kefahaman formula buka-tutup cendawan.

Hampir 3jam kemudian, kami pecut ligan lori menyedari tiada siapa kat Teloi untuk sambut 1500 beg media dan susun keatas rak. Nasib baik pak mertua Fazali ada... jenuh berpeluh dia tolong susun sorang.

Untuk trip kedua.. depa sampai ke Teloi Timur agak lewat kira2 hampir 6pm. Rupa-rupanya drebar tuh... sesat cari jalan keluar dari kawasan Felda Teloi. Kali ini muatan beg media agak berkurangan berbanding trip yang pertama. Cuma 915 beg media sahaja berbanding 1500 jika mengikut perancangan. Beg media yang lain belum matang kata K.Ros.







Jam 7pm lebih baru selesai susun beg media... duh penat dan gumbira tengok rak kosong dah diisi beg media matang - Ianya sebagai pembakar semangat sementara kami nak start buat beg sendirik..

No comments: