Monday, August 18, 2008

Pasaran

Minggu lepas merupakan satu kejutan. Biasaanya jumlah paket yang dapat dibungkus sebelum ni <10. Cuma kekadang, mungkin cuaca lembab dan sejuk keluar lebih sikit antara 2-3kilo. Dapat lar packing lebih sikit.

Masuk pusingan kedua minggu lepas, terkezut aku dengar Fazali bagitau tengahari tuh.. keluar 6kilo. Terus aku minta cikgu contact kantin sekolah dia. Sebelum ni dia dok tanya berkali-kali setelah beli sekilo sekali - Tak mau pulak dah katanya memandangkan cuti penggal sekolah dah nak habis dah esok.

Mati kutu aku seketika, seronok jugak dengar hasil bertambah tapi tak bermakna jika ia tak terjual. Aku start hantar email promote kat kawan2 terdekat dan juga minta cikgu kompang kat kawan2 dia disekolah.

Alhamdulillah.. lewat petang sebaik terima lebih 60paket dari Teloi, confirm order yang aku terima sebanyak 48paket atau hampir 5kilo. Ada kawan cikgu nak 2kilo petang tu jugak. Nak bawak sebagai buah tangan ke KL katanya. Kat opis aku, ada kawan nak 10paket/1kilo nak bagi kat sanak-saudara di kampung. Dan campur dengan order kecik2 daripada kawan2 lelain.

Fuh! Clear..

Malam tu plak Fazali sms.. ada lagi 5kilo! Ah! sudah mana nak taruh nih... "Marah"... aku ajak Fazali pi amik kat Teloi malam tuh. Untuk bawak extra ke opis+sekolah dan test 20 paket (sebelum ni 10paket) @market Bedong untuk.

Keesokkan hari.. alhamduliliah.. semua habih.

Apa yang aku pelajari minggu ni.. Dalam pertanian, kita sebenarnya amat bimbang berkenaan pasaran. Terlalu memikirkan dan bimbang sehingga tak memulakan apa2. Berdasarkan survey aku tanya pada pengusaha2 lain, pasaran cendawan memang tak mencukupi.

Berpegang dengan pepatah "Rezeki tidak datang bergolek" aku mula mencari pasaran baru dengan menanya peraih2 baru disekitar laluan ke opis aku agar mudah penghantaran harian dibuat.



Setakat ni belom ada peraih/penjual-sayur menolak. Ada ketika dimana bekalan cendawan terlalu banyak, >40paket dok dalam peti ais. Mati kutu + "marah" menengoknya.. aku bawak >20paket pi market kampong sebelah...



Alhamdulillah.. sekali tanya, habih digabuihnya. Nak jadi rezeki lagi... cikgu call, balen >10paket kat dalam peti ais rumah habih di-order oleh kawan dia. Pagi tu... >40paket habih. Clear.

Sekarang.. dari segi pasaran.. insyallah - Aku tak membimbangkan. Permintaan masih melebihi pengeluaran. Dari segi harga.. aku tak risau harga murah dari saingan. Aku lebih suka bersaing dari segi kualiti. Cuma la ni, dok risau dari segi operasi - banyak pilot beg media mengalami jangkitan kulat2 hijau.

No comments: