Tuesday, August 5, 2008

Relau

Sabtu - 2 Ogos.

Balik kampung aku di Sungai Bakap. Ada beberapa benda aku nak buat kat sana. Selain melawat orangtua dan hinggut 5-6 pokok manggih depan rumah yang berbuah penghujung, aku hadir kenduri perkahwinan sepupu aku. Ramai pak2 sedara dan sepupu-sepapat yang mai dari jauh.

Panjang lar cerita dan meriah sungguh kenduri hari tu, sembang sana, sembang sini. Ingat nak balun nasi round ke-2 pon terlupa.

Tup2 dah jam 3 lebih, aku quik bini aku - berangkat. Nak ke Relau.

@Agrosun, aku pi gabuih 40 paket cendawan beku goreng. Minggu lepas aku dah angkut 25paket dah, tapi dalam 2 hari lepaih tuh... tolak kat opis Fazali, tolak kat sekolah bini aku... - habih. Clear!



Kali ni marah... borong habih dalam freezer K.Ros - Senyum dia. Sambil2 tu angkut sekali benih separa matang 3 paket. Sebelum ni aku guna benih dari botol dan K.Ros kata payah sikit nak taruh benih dari paket plastik. Nanti aku try test minggu depan.



Sambil dok sembang pasai cendawan, K.Ros tunjuk kat ubat bunuh lipas. Salah satu makhluk perosak yang suka makan cendawan. Bentuk macam kapur papan hitam kat sekolah. Kaler putih. Guna dia... cuma lukih garisan kat rak2 kayu. Kalau lipas mai.. dia akan rasa.. lepas tu.. piii!



Dan.. aku ambik lampu UV (ultraviolet) yang aku order minggu lepas. Rupa2nya ia diguna dalam bilik pembenihan. Semasa tempoh penyejukan beg media dari dapur kukus antara 1-2hari dalam suhu bilik. Dibiarkan semalaman dalam bilik tu dengan cahaya lampu UV untuk membasmi kuman, bakteria atau fungus yang tak mati semasa kukuih. Kalau taruh benih dan ON-kan lampu tu.. pakai mati lar benih cendawan + sel2 kulit tuh.



Sepatutnya aku deliver/bawa menatang nie kat K.Ros.. tapi courier lambat sampai dari KL so... terpaksa aku courier pi Relau plak minggu ni. 2x courier. Keciwa betul aku dengan mamat yang deliver menatang nie. Minta parcel #.. dia buat deeekkk ajer. Aku cuma nak trace tang mana courier tu pi.

No comments: