
Ingin aku tengok satu per satu batch pilot beg ni, jadi aku rasa antara 2-3minggu aku kena ubah kedudukkan setiap batch ke tempat/para lain. Sambil2 tu boleh belek/kelas atau perhatikan sebarang beg yang bermasalah.
Daripada sejumlah 171 pilot beg pada 26/7, 39 didapati mengandungi kulat hijau yang merebak bersama-sama mesilium. 15 pula senyap atau mungkin kurang aktif lagi. Ratio beg-ok:rosak:senyap 1:0.33:0.12. Agak tinggi kalau dicampur ratio senyap dan rosak. Hampir 50%.
Tapi untuk pilot beg batch ke2 yang bertarikh 27/7, cuma 8 saja berkulat hijau berbanding 160 beg yang aktif. Rasanya.. sama saja aku taruh benih. Mungkin nasib/rezeki?


Aku asingkan beg yang ada kulat hijau dan senyap ke para lain. Aku nak kasi chance/monitor beg2 nih. Tengok apa yang boleh aku pelajari dari beg yang masalah ni.


Bagi beg yang mengandungi kulat hijau, 2 faktor dapat aku pikirkan.
1. Dedak padi yang aku beli 2 bulan lepas dah dipenuh oleh ulat2 dan bubuk. Macam dalam guni tepung gandum yang disimpan laam. Mungkin telor menatang tu dah masuk dalam beg. - Dedak padi nak kena ayak/tapis/filter.
2. Salah satu dari 2 dapur kukusan, apinya kurang ganas. Maksud aku cuma lingkaran dalaman ajer yang menyala. Jadi api dia kurang panas walaupun dikukus >8jam. Maka ulat2/teloq/bakteria/kuman belom sempat dihapuskan sepenuhnya - Nampak gaya kena tukaq dapur

Selain serangan kulat hijau, beg media kami juga dirayapi oleh ulat-ulat. Rasanya larva/teloq ulat tak mati semasa 8jam kukusan.
Pilot Beg: Minggu 1
No comments:
Post a Comment