Friday, August 8, 2008

Pilot Beg: Minggu 1

3 Ogos - Ahad

Sampai pepagi, terus aku pi check pilot beg yang yang dibuat pada minggu lepas (26/7). Nampaknya mesilium peputih mula merebak daripada bahagian atas ke bawah beg media.




Gumbira aku seketika... tapi belek punya belek, tak banyak beg dalam pilot batch yang menunjukkan kemunculan mesilium seperti gambaq diatas.



Ada sesetengah nampak macam benih kureng aktif. Aku rasa mungkin aku taruh kuantiti benih kurang untuk setiap beg media. Biasanya jika benih didatang dalam bentuk botol, antara 25-30beg boleh benihkan.

Minggu lepas, 1st time. Tak dapat aku mengagak.. taruh punya taruh.. rupa2nya 1 botol pi sampai >60 beg. Fuh! untung. Pembenihan hari ke-2 (ahad), aku lebihkan sikit kuantiti benih.




Takat lani, sejumlah 1200 beg dah taruh benih. Banyak2 terima kasih pada Jid dan mertua Fazali. Depa pulun buat beg pada hari biasa/weekday.

No comments: