Tuesday, July 8, 2008

Beli Kayu

Tarikh: 2 Julai 2008

Seperti yang dijanji oleh tauke kilang kayu tu - Ah Hooi, kayu yang kami tempah pada hari Jumaat lepas (27 Jun) hari tu telah siap potong dan disapu ubat pada hari Rabu. Harga kayu berubat lebih 3sen/kaki berbanding kayu tak berubat yang sama saiz. Tujuan kayu disapu ubat, untuk lebih kuat dan kurang dimakan anai-anai.

Kebetulan pada hari Selasa malam aku bekerja lewat hingga jam 11 berbanding jam 5 diwaktu biasa. Dah 3D3N database meragam/merajuk. Nak ambik cuti.. kesian plak tinggal production sistem tunggang-langgang. Nasib baik malam tu aku dapat baiki dan live-kan untuk keesokan hari. Jadi, hari Rabu pagi aku masuk kerja lewat. Cover ZZzzz kononnya.

Dikesempatan itu aku sertai Fazali mengambil kayu di kilang. Janji dengan Pak Mat (drebar lori a.k.a informer kayu) jam 9 pagi, 1 jam kemudian baru muncul dengan panduan yang slow motion - Duh! Penat menunggu.




Lepas bayaq balen duit kayu..
"Lu mau bikin apa ini kayu?.."
"rak cendawan"
"Baguh laarr.. kita mau pi tengok boleh?"
"Moleh..."

Ah Hooi plak merunggut bisnes kayu dia semakin ber"kureng"

Aku terpaksa balik rumah untuk masuk kerja, manakala Fazali escort Pak Mat ke Teloi.

Lepas punggah kayu di bangsal, Fazali demo buat rak kat Yeop (tukang kayu) dan geng dia untuk membantu kami mencepatkan rak cendawan hujung minggu ni.


No comments: