Thursday, August 28, 2008

B5

Angkara benih dari Bumbong5 - pap! paap!



Rasanya mau takat 200 beg media, senyap. Tiada tanda2 mesillium putih merebak dileher beg sepanjang 2 minggu lalu, jika dibandingkan beg se-batch yang lain.



Kami terpaksa ambik tindakkan sebelum muncul kulat lain dengan mengasing/bukak/buang benih yang telah bertukar kaler hijau. Taruh tutup rehat baru. Dan kukuih balik.



Kali ni aku minta Jid lanjut tempoh kukuih ke 9jam untuk mematikan benda-asing dimatikan sepenuhnya. Kemudian minggu ni kami akan masukkan benih baru dari Kak Rose - Agrosun.

Pilot Beg: Minggu 4

Pergerakkan mesillium semakin rancak. Sudah menutupi 3/4 keseluruhan beg. Mengikut perkiraan antara minggu ke6-7 atau 45-50hari dah boleh bukak untuk dapat hasil sulong. Walaubagaimana pun bergantong pada keadaan jika mesillium telah menguasai keseluruhan beg sebelum penutup rehat dapat dibukak.



Kami peram secara melintang. Ada sesetengah pendapat mengatakan peram secara berdiri akan mencepatkan pertumbuhan mesillium. Mungkin betul atau logik jugak pendapat tersebut. Graviti akan menarik dan pergerakan mesillium tidak dihimpit oleh tindanan beg2 media. Insyallah, kami akan cuba praktikan pendapat tersebut selepas ruang/rak kayu diubahsuai atau mungkin nak kena cari tong2 plastik untuk peram/simpan secara bertindan.

Minggu ini aku seriau nak belek satu persatu group pilot beg nih.. Risau betul aku tengok jumlah beg yang bermasalah. Kalau belek.. musti ada punya. So aku tengok yang positif saja. Yang negatif.. aku pejam mata. Tengok lelama pon boleh sakit mata + melemahkan semangat. Aku dah pon beli/tukar dapor baru, so tengok % masalah kemudian.




Layan tengok yang ni.. lagi syiok dan positif.

Wednesday, August 27, 2008

Kezut II

Minggu ini akan berlaku satu lagi kejutan.. insyallah. Aku harap Jid dapat kekalkan suhu dan kelembapan bangsal.








Thursday, August 21, 2008

Pilot Beg: Minggu 3

Masuk minggu ke 3, mesilium dah merebak melebih separuh beg media. Tapi masalah beg media rosak bagi batch pilot makin bertambah. Sudah hampir separuh berbanding beg yang "sihat". Risau aku dibuatnya.




Dijangkiti kulat kuning.

Setiap minggu aku terpaksa belek satu persatu dari 171 batch pilot untuk memastikan dimana silap kami semasa membuat pembenihan. Mungkin tempoh kukusan perlu ditambah? Mungkin kurang panas? Mungkin cara pembenihan yang salah?


Jumlah pilot beg yang rosak

Jumlah pilot beg yang ok

Thermohygrometer di bangsal pernah menurun hingga <50%. Satu petunjuk bahawa kelembapan berkurangan. Menyebabkan tunas kulat/cendawan yang baru bercambah mati kekeringan. Manakala yang bersaiz sebesar tapak tangan, mengecut. Tangkal kulat pon berubah dari putih ke kekuningan.





Curah air 3-4x sehari pon, kelembapan masih lambat meningkat. Mungkin hawa dingin lambat untuk diserap naik berbanding hawa panas yang mudah menurun. Aku terpaksa pasang sprinkler siram laman rumput rumah aku diatas atap nipah bangsal. Secara tak langsung memanjangkan ketahanan atap nipah dan menambah humidity dalam bangsal.

Wednesday, August 20, 2008

Benih oh benih..

Aku rasa sebagai Jabatan Pertanian depa patuh jadi role-model kepada pengusaha2 terutama bagi yang baru memulakan perniagaan/pertanian. Kebanyakkan newbie seperti aku, pastinya akan rujuk kepada Jabatan Pertaniaan sebagai panduan.




Benih dibeli dari Bumbung Lima (B5)

Sebenarnya dah 2-3 pengusaha mengatakan benih B5 kurang berkualiti. Tapi aku masih menaruh harapan memandangkan disebelah utara amat sukar untuk mendapatkan benih - Mungkin pendapat diaorang salah.

Harga sebotol benih di B5 murah berbanding dipasaran luar. Murah pon.. cuma beberapa kupang/sen saja (krg RM1). Tapi jika nak dibandingkan jumlah peratusan beg yang akan rosak, berkemungkinaan tinggi. Dan kos/modal 1 beg yang rosak dah boleh cover harga perbezaan untuk dapatkan 1 botol benih yang bermutu.



Jauh beza benih dibeli dari Agrosun di Relau.

Aku sedang gamble ratusan beg media + masa + gas + penat-lelah buat beg media untuk benih B5... Adakah B5 rasa yang depa ni "menyusahkan" para pengusaha cendawan?

Monday, August 18, 2008

Pasaran

Minggu lepas merupakan satu kejutan. Biasaanya jumlah paket yang dapat dibungkus sebelum ni <10. Cuma kekadang, mungkin cuaca lembab dan sejuk keluar lebih sikit antara 2-3kilo. Dapat lar packing lebih sikit.

Masuk pusingan kedua minggu lepas, terkezut aku dengar Fazali bagitau tengahari tuh.. keluar 6kilo. Terus aku minta cikgu contact kantin sekolah dia. Sebelum ni dia dok tanya berkali-kali setelah beli sekilo sekali - Tak mau pulak dah katanya memandangkan cuti penggal sekolah dah nak habis dah esok.

Mati kutu aku seketika, seronok jugak dengar hasil bertambah tapi tak bermakna jika ia tak terjual. Aku start hantar email promote kat kawan2 terdekat dan juga minta cikgu kompang kat kawan2 dia disekolah.

Alhamdulillah.. lewat petang sebaik terima lebih 60paket dari Teloi, confirm order yang aku terima sebanyak 48paket atau hampir 5kilo. Ada kawan cikgu nak 2kilo petang tu jugak. Nak bawak sebagai buah tangan ke KL katanya. Kat opis aku, ada kawan nak 10paket/1kilo nak bagi kat sanak-saudara di kampung. Dan campur dengan order kecik2 daripada kawan2 lelain.

Fuh! Clear..

Malam tu plak Fazali sms.. ada lagi 5kilo! Ah! sudah mana nak taruh nih... "Marah"... aku ajak Fazali pi amik kat Teloi malam tuh. Untuk bawak extra ke opis+sekolah dan test 20 paket (sebelum ni 10paket) @market Bedong untuk.

Keesokkan hari.. alhamduliliah.. semua habih.

Apa yang aku pelajari minggu ni.. Dalam pertanian, kita sebenarnya amat bimbang berkenaan pasaran. Terlalu memikirkan dan bimbang sehingga tak memulakan apa2. Berdasarkan survey aku tanya pada pengusaha2 lain, pasaran cendawan memang tak mencukupi.

Berpegang dengan pepatah "Rezeki tidak datang bergolek" aku mula mencari pasaran baru dengan menanya peraih2 baru disekitar laluan ke opis aku agar mudah penghantaran harian dibuat.



Setakat ni belom ada peraih/penjual-sayur menolak. Ada ketika dimana bekalan cendawan terlalu banyak, >40paket dok dalam peti ais. Mati kutu + "marah" menengoknya.. aku bawak >20paket pi market kampong sebelah...



Alhamdulillah.. sekali tanya, habih digabuihnya. Nak jadi rezeki lagi... cikgu call, balen >10paket kat dalam peti ais rumah habih di-order oleh kawan dia. Pagi tu... >40paket habih. Clear.

Sekarang.. dari segi pasaran.. insyallah - Aku tak membimbangkan. Permintaan masih melebihi pengeluaran. Dari segi harga.. aku tak risau harga murah dari saingan. Aku lebih suka bersaing dari segi kualiti. Cuma la ni, dok risau dari segi operasi - banyak pilot beg media mengalami jangkitan kulat2 hijau.

Wednesday, August 13, 2008

Pilot Beg: Minggu 2

Minggu ke-2, pergerakkan mesilium sudah merebak >1/4 saiz beg. Teruja aku melihatnya pada beg yang kami buat dan taruh benih sendirik. Aku dok belek dan tengok beberapa kali.



Ingin aku tengok satu per satu batch pilot beg ni, jadi aku rasa antara 2-3minggu aku kena ubah kedudukkan setiap batch ke tempat/para lain. Sambil2 tu boleh belek/kelas atau perhatikan sebarang beg yang bermasalah.

Daripada sejumlah 171 pilot beg pada 26/7, 39 didapati mengandungi kulat hijau yang merebak bersama-sama mesilium. 15 pula senyap atau mungkin kurang aktif lagi. Ratio beg-ok:rosak:senyap 1:0.33:0.12. Agak tinggi kalau dicampur ratio senyap dan rosak. Hampir 50%.

Tapi untuk pilot beg batch ke2 yang bertarikh 27/7, cuma 8 saja berkulat hijau berbanding 160 beg yang aktif. Rasanya.. sama saja aku taruh benih. Mungkin nasib/rezeki?




Aku asingkan beg yang ada kulat hijau dan senyap ke para lain. Aku nak kasi chance/monitor beg2 nih. Tengok apa yang boleh aku pelajari dari beg yang masalah ni.




Bagi beg yang mengandungi kulat hijau, 2 faktor dapat aku pikirkan.

1. Dedak padi yang aku beli 2 bulan lepas dah dipenuh oleh ulat2 dan bubuk. Macam dalam guni tepung gandum yang disimpan laam. Mungkin telor menatang tu dah masuk dalam beg. - Dedak padi nak kena ayak/tapis/filter.

2. Salah satu dari 2 dapur kukusan, apinya kurang ganas. Maksud aku cuma lingkaran dalaman ajer yang menyala. Jadi api dia kurang panas walaupun dikukus >8jam. Maka ulat2/teloq/bakteria/kuman belom sempat dihapuskan sepenuhnya - Nampak gaya kena tukaq dapur



Selain serangan kulat hijau, beg media kami juga dirayapi oleh ulat-ulat. Rasanya larva/teloq ulat tak mati semasa 8jam kukusan.

Pilot Beg: Minggu 1

Tuesday, August 12, 2008

Business Card + Sticker


Initially business card ni design oleh Fazali


Aku minta white-kan background untuk "naikkan" tulisan


Art-proof yang dihantar oleh syarikat percetakkan sebelum printing


Aku touch-up design art-proof dengan mengubah font type/size.


Final art-proof oleh syarikat percetakkan. Dan start printing.

Sticker - Untuk packaging


Art-proof oleh syarikat pecetakkan. Initial design dibuat secara sketch atas kertas semasa di syarikat percetakkan untuk buat business card.


Aku touch-up design art-proof dengan mengubah font type/size.


Art proof ke-2 oleh syarikat percetakkan. Ada minor changes sebelum start printing


Final Sticker


Branding