Wednesday, June 25, 2008

Tong, penutup + plastik

Minggu ni, progress bangsal dah masuk minggu ke 6. Atap dah siap pasang sejak hari Isnin lepas (16 Jun). Secara asasnya bangsal dah siap. Cuma yang tinggal nak buat partition untuk bilik suntik benih dan rak kayu. Kami bercadang untuk buat sendiri.

Jadi aktiviti cuti hujung minggu lepas - Sabtu, aku bawa cikgu (bini aku) dan bebudak jalan2 melawat kampung mertua Fazali sekeluarga dan melihat progress projek kulat dibelakang rumah mertua Fazali.


Fazali dan Jid tengah pasang "kelabu"


Mertua Fazali yang sporting

Keadaan dalam bangsal. Belom ada rak kayu

Sambil tengok bebudak bermain dalam bangsal aku, fazali dan jid pakat pasang net keliling bangsal. Dengan keluasan 20 x 40, ngam-ngam 1 gulung net hitam. Tapi rasanya kena beli tambah sebab singkat sikit berbanding tinggi bangsal.

Semasa take-5, aku terberasan penutup tong drum tak ngam dengan saiz mulut tong drum kaler kuning dan putih tuh. Ini akan menyebabkan masalah ketika membuat kukusan beg media. Lepaih berbincang, aku cadang untuk ke pekan Sungai Petani pi cari "partner" penutup atau tukar pengikat dan penutup jika ada.


Keadaan bangsal selepas selesai pasang atap

Tudung tong drum yang ngam.. tarak. Tong drum baru laar jawapnya

Dapur kukus nombor 3 dan 4. Lebih 10cm diameter berbanding tong yang dok ada

Untuk aktiviti hari Ahad,
2 hari sebelum tu, aku confirm dengan K.Ros berkenaan pesanan untuk penutup+leher dan plastik PPP sebanyak 5,000 unit - Ada katanya. Jadi aku dan Fazali mengambil pesanan kami di Kulim, tidak di pejabat operasi di Relau. Ini adalah kerana K.Ros ada mengambil bahagian ekspo pertanian di Kulim.


Penutup dan leher.. penuh bonet reta

5000 unit penutup+leher

+ 5000 beg plastik PPP

Rasanya terlalu singkat cuti minggu aku.. sekejap saja dah nak kena pi reja pulak. Dan aku dah tak sabar nak tunggu hari Jumaat.

Wednesday, June 18, 2008

Bangsal minggu ke 5

Gambar terbaru dihantar oleh Fazali pada hari Isnin. Yeop si tukang and the geng dah pasang atap nipah pada hari Ahad.





Hasil pertukangan Fazali - rak kayu untuk suntik benih kedalam beg media. Lampu mentol dia menyala apabila merenung kat troli ditempat kerja dia.


Atap dan Dedak

Biasanya 1-2 hari sebelum cuti hari minggu, kami akan confirm apa2 aktiviti yang perlu dilakukan bagi menjayakan projek ni. Kebetulan sepanjang minggu ni aku terpaksa menghadiri kursus aplikasi mail server bersama rakan sekerja - HG. Selama seminggu kami berulang-alik ke Pulau Pinang, jadi aku cuma dapat berkomunikasi dengan Fazali melalui telepon bimbit saja.

Fazali maklumkan bahawa atap sebanyak 800 unit dah cukup dan sedia diambil tapi tiada lori. Memandangkan kampung HG berdekatan dengan pengusaha atap, aku tertanya sekiranya ada lori.

Ada! kata HG - Canteeekk.

Sabtu, 9:40 @rumah HG. Lori bermuatan 1 tan dah tunggu dan kami terus ke rumah pengusaha atap.


800 keping atap

Dok hijau lagi - baru siap kelmarin.



Sampai di Teloi

Berpeluh turunkan 800 keping

Nah aaaiihh.. Longgokkan habuk kayu sampai isnin lepas.

Periuk appolo?

Tip dari Kak Rose dari Agrosun - Guna pengikat gelang besi untuk tutup tudung periuk appolo.

2 minggu lepas kami cuma dapat 1 guni dedak padi, lepas buat kira-kira aku rasa kami cuma boleh buat antara 1000 - 1500 beg media dalam masa 2 minggu saja. Berbanding ratio dengan jumlah habuk kayu yang kami dah beli - Dedak padi kurang banyak.

Sekurang-kurangnya kami memerlukan 2-3 guni lagi untuk kami bertahan buat beg media selama 4 minggu sementara menunggu musim menuai padi pada bulan Julai nanti. Rasanya ada beberapa kilang padi yang kami belum jelajah disekitar Guar Chempedak hingga Alor Star.

Ahad, kami singgah kilang padi yang kami sourcing memula di Guar Chempedak - Tutup dan berkunci. Mungkin padi dah habis dan tiada apa lagi untuk diproses. Kami terus menuju ke arah Alor Star, alhamduliah.. rezeki kami. Dapat 1 guni. Itu pun setelah puas merayu dengan kerani syarikat tersebut. Katanya dedak padi dia dah ditempah dari Ipoh.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah tengok kedai kayu 2nd hand untuk dibuat rak. Keadaan kayu tuh.. teruk sangat. Tak sama panjang dan size. Nak kena kelas/pilih2 dan mungkin ambik masa - Rasanya tak berbaloi nak beli. Kami cadang beli kayu baru.

Kami dapat info ada kayu murah.. beli terus dari pengilang - Insyallah kami akan terjah kemudian...

Dalam perjalanan pulang.. lagi, kami singgah melawat seorang pengusaha cendawan di Gurun. En. Anuar. Beliau baru buka cawangan sebulan yang lalu disini. HQ - terletak Shah Alam. Selama hampir sejam berborak, kami dapat berkongsi dan mempelajari beberapa tips daripada beliau yang mempunyai idea dan pemikiran perniagaan.


Guna tali sebagai rak.

Mungkin dia tengah dok pulun ikat tali sebelum kami sampai

Thursday, June 12, 2008

Order dan Bangsal minggu ke 4

Rasanya setakat la ni, semua barang asas/keperluan untuk buat beg cendawan telah pun kami sourcing beserta kadar harga. Habuk kayu, dedak padi, kapur, penutup+leher, plastik beg, benih, tong drum dan dapur.. semua dah ada rega.

Memandangkan bangsal kami pon dah hampir 75% siap, cuma tinggal nak taruh atap, netting, racking dan bilik partition untuk suntik benih, jadi kami berpendapat untuk mula langkah seterusnya - buat order/tempahan.

Call tauke habuk kayu - tempah 5 tan habuk kayu. Insyallah dia mai hantaq hari Isnin (Dah deliver dah kelmarin kat Teloi).

Untuk penutup+leher dan plastik beg aku tempah dari Kak Ros @Agrosun Ent sebanyak 5 ribu unit. Harap2 kak Ros kasi best price memandangkan aku 2 kampung dgn dia. (Kampung dia dengan aku sebelah-menyebelah cuma dia area Kedah, aku area Penang).

Benih - @Bumbung 5.

Jadi cuti hari hujung minggu lepas.. projek kami mencari dedak padi, tong drum dan penimbang.

Sehari sebelum tu, Fazali kasi tau dedak padi yang kami sourcing kat Kilang tuh.. dah habih licin dan dia cadang pi check kat satu lagi kilang berdekatan.



Alhamdulilah.. mungkin nak jadi rezeki kami, kat kilang tuh cuma tinggal satu guni saja. La ni bukan musim padi, so tauke tu cakap.. memang takdak sampai bulan 7 - Nak kena sourcing tambah. Kuantiti yang dok ada la ni, cukup untuk buat 1-1.5k beg saja.

Lepaih tu pi beli tong drum, plastik cover habuk kayu dan kapur pertanian kat pekan Teloi.

Progress Bangsal minggu ke 4.
Seperti dalam gambaq. Lantai, dinding dan kayu bumbung dah siap. La ni depa dok hampaq kain jala kat siling untuk halang kemasukkan tikus dan menatang dari atas bumbung dan buat partition untuk bilik benih.






Lepaih ni depa tunggu nak pasang atap. Atap.. masih dalam pembuatan. Mungkin minggu ni atau depan akan dihantar ke Teloi.

Thursday, June 5, 2008

Checklist

Salah satu untuk mencapai kepuasan bekerja (peribadi atau syarikat), aku suka buat perancangan. Dalam perancangan, aku pecahkan kepada tugas2 kecil. Setiap tugas kecil aku akan buat checklist - Iaitu lukih kotak kecik dan tuliskan tajuk tugasan.

Dengan berbuat demikian, ia memberi satu dorongan. Tak kira kecik atau besaq, penting atau tidak, suka atau tidak - aku akan lakukan bila tengok check-list. Lebih kurang macam target.



Apabila selesai tugasan tersebut, aku akan tandakan "tick" atau "right" dalam kotak kecik menandakan selesainya tugasan tersebut. Ketika tu.. saat kepuasan/kegumbiraan.. tak terkata dan kemungkinan ianya berkekalan beberapa hari bergantung pada tahap kesukaran, kecik/besar, suka atau meluat.

Bagi aku dan Fazali, hujung minggu (sabtu/ahad) adalah hari kerja untuk projek ni, termasuklah lepas office hour (8am-5pm) - Masa untuk minum/meeting dan merancang tugasan untuk dibuat pada hujung minggu.

HUjung minggu lepas, Ahad - 1 Jun, ada 4 rancangan untuk kami lakukan bersama termasuk Yazid.

1. Pi Pejabat Pertanian di Bumbung Lima, Seberang Perai Utara.
Terletak di negeri Pulau Pinang, tiada pilihan kami terpaksa ambik cuti untuk berjumpa dengan Pegawai En. Mastor. Beliau incharge dalam pertanian cendawan. Tujuan perjumpaan adalah untuk mendapat khidmat nasihat, lapor-diri sebagai usahawan cendawan dan.. yang penting mendapatkan harga bagi benih cendawan dan tempoh tempahan.

2. Perkara yang sangkut minggu lepas - Pendaftaran nama syarikat.
Kami "larikan" diri dari orang-tua yang banyak kerenah/cerewet di SSM Sungai Petani ke SSM Seberang Jaya dan alhamduliah, nama syarikat kami berjaya didaftarkan setelah dipotong 2 nama cadangan pertama dalam borang pendaftaran - tanpa unsur2 bertekak.

3. Lawatan sambil belajar ke Agrosun Enterprise di Relau, Kedah.
Berdekatan dengan kampung aku, pemilik pertanian cendawan ini - Pn Rosmawati, telah mengusahakan cendawan 2 tahun yang lalu. Merupakan bekas pekerja kilang, beliau telah tekad untuk membina perniagaan sendiri setelah bebelas tahun bekerja. Seketika.. terasa aura dia meresap kedalam badan kami (kami pon mat kilang gak).

Hampir 2 jam bersembang dan interview, Kak Ros tak lokek untuk berkongsi ilmu. Dibawanya kami kebelakang, melihat kawasan begging, kukusan dan bilik pengeraman. Setakat ini terdapat hampir 18k beg media yang menghasilkan antara 20-25kg sehari. Beliau juga membantu, mengambil, mengumpul hasil cendawan dari usahawan kecil disekitar kampung.


4 dapur kayu

Tapis habuk kayu

Mesin gaul habuk kayu

Berenjinkan mesin bajak

Gelang pengikat tong drum kukusan

4. Membeli beg media dari Agrosun Enterprise
Kami tempah 3000 beg media matang dari kak Ros. Alhamduliah, Kak Ros menawarkan harga yang terendah berbanding pengusaha yang lain. Tujuan pembelian beg media ini adalah..
a. Sebagai pemankin / pembakar-semangat untuk kami berusaha dalam pertanian.
b. Mempelajari teknik penjagaan beg media dalam bangsal. Kawalan suhu dan kelembapan
c. Pengeluaran/penjualan pengenalan dan modal pusingan untuk beli bahan2 beg media

Wednesday, June 4, 2008

Bangsal - Minggu ke 3

Hari nie.. 31 Mei 2008, aku dah tak sabar nak tengok apa dah jadi pada rumah Cendawan aku... walaupun aku sekeluarga sampai awal dirumah pak mertua pada sebelah malam, tapi disebabkan hari gelap dan ketiadaan lampu dibelakang rumah, so tak dapat tengok.

Pagi-pagi lagi aku pi kat belakang rumah nak lihat takat mana yg dah siap.. Ooo.. dah siap ikat bata dan ikat kayu di bumbung..atap nipah plak akan sampai pada pertengahan bulan Jun..iissskkh, tak sabar rasanya nak memulakan projek cendawan nie bersama keluarga dan sahabat baik aku...


Bangsal yang 50% siap..tinggal lagi atap nipah dan dinding..


Fuuuhh... nampak besaq laaa..

Sedang aku dok tawaf bangsal 2–3 kali... pak mertua ku menegur...
"Sat gi kita pi beli sikit lagi barang. Kita pi beli bawak Yob sekali"
"Kita nak beli apa lagi ?"
tanya ku.......
"Nak beli dawai mata punai, kayu, pukat untuk dinding" katanya lagi pada ku.....aku pun angguk tanda setuju.

Jam 9.30 pagi, aku bersama bapak mertua + Yob... kami menuju arah ke Baling, sesampai saja di persimpangan ke Lata Bukit Hijau... pak mertua ku bagi isyarat utk berhenti disebelah kiri betul-betul di persimpangan jalan.....
"Ooo..beli barang kat sini" kat hati ku....

Aku pun memang fimiliar dengan area nie tapi tak pasti pulak barang yg bapak mertua + Yob selalu beli kat sini... murah kata mereka berbanding dengan kedai hardware disekitar Kuala Ketil... Setelah buat pesanan, kami bertiga balik semula ke Teloi Timur.

Sampai di bangsal, jam menunjukkan pukul 11.35 pagi, tanpa melenggahkan masa, Yob terus membantu rakan-rakannya membuat plaster simen di dinding.


Yob and the gang sedang buat plaster simen di dinding...

Sambil melihat Yob and the gang plaster dinding...aku tanya pada pak mertua ku..
"brapa lama diaorang boleh siapkan plaster tu pak?"...
"Sat ja, ari nie boleh siap"
katanya...

Aku plak excited nak tengok camna ghupa bila dah siap complete nanti. Aku pun lepak bersama pak mertua di atas pangkin di bawah pokok asam jawa. Khusyuk sungguh bila tengok diaorang buat kerja..


Inilah ghupa dinding yg telah siap di plaster...


Final touch sebelum simen lantai..Yob letak dan ikatkan dawai konkrit pada tiang tengah...

Jam 5 petang, Yob and the gang pun balik, aku dan Jid pun buat sikit housekeeping dengan clear kan bata, kayu, batu yang tak diperlukan bagi memudahkan Yob membuat lantai pada esok hari... sambil merenung kearah bangsal, tanpa melenggahkan masa, aku teruih capai tape pengukur.. dalam kepala otak..... camna aku nak buat design rak kayu nanti.....atas kertas semuanya nampak senang dan luas....

"Takpa, apa pun aku ukur dulu, malam nie aku review drawing dengan design nya sekali" kata hati ku.

Dari jam 11.30 malam hingga 3.40 pagi, berbekalkan laptop, aku update akaun dan revise semula drawing rak..... fuuhhh letih aku camni,.... isteri dan 3 orang anak ku iaitu aina, nurin, atika termasuk lah pak-mak mertua, Jid, Yusdi, Naziah dan Nurul dah tidur lena diulit mimpi indah..aku masih lagi bersengkang mata.. tapi tak pa bila kenangkan ini adalah projek utk masa depan....semangat pun bertambah lagi....

1hb Jun, jam 9.30 pagi.... Yob and the gang dah pun sampai kat belakang rumah...teruih diorang start bagi perata tanah+pasir, lepaih tu baru bancuh simen utk buat lantai.



Siap separuh. Guruh berbunyi tanda hujan nak turun, bimbang lantai tak sempat nak kering...

Lebih kurang pukul 3 petang, berdentum guruh di langit, so, Yob and the gang pun slow down membancuh simen... mereka teruih buat pelicin lantai...

"eh, nak hujan nie, sempat tak simen tu kering" kata hatiku.

Kat kawasan teloi ni memang hujan turun disebelah petang sejak akhir-akhir nie. Hujan rintik-renyai pun turun dari jam 4.30 sehingga 7.10 petang, bila reda sikit, so...aku pi check lantai sama dah kering atau tak... Fuuhhh, nasib baik dah kering dan hujan pun tak lebat sangat....rasa lega sikit.. malam nie, nak balik Sg. Petani.

Esok, aku, Haris dan Jid ada planning nak pi ke Jabatan Pertanian di Bumbung Lima untuk bertanyakan tentang benih cendawan dan buat lawatan ke salah seorang pengusaha cendawan di Relau, berdekatan dengan kampung Haris pulak. Nak belajar dari orang yg ada pengalaman luas serta "Benchmark" teknik yg boleh diguna pakai serta disesuaikan untuk bangsal cendawan kami......

Mfazalig - signing Off