Friday, January 16, 2009

Snek Kulat

Pi shopping minggu lepas beli barang2 dapur untuk stock sebulan di pasaraya Billion, Sungai Petani. Terjumpa paket snek kulat tiram kelabu yang dikeringkan. Terdapat 3-4 perasa. Aku beli yang perasa original dan dikepil bersama sample paket perasa kari secara percuma.



Dikeluaran oleh satu syarikat pengeluar kulat terbesar di Johor, snek ini masih kekalkan rupa asal kulat. Boleh nampak batang kulat yang putih dan kelopak kulat yang berwarna kelabu. Tektur kulat ini telah disedut keluar kandungan air dan ringan serta rapuh.



Rasanya.. emm ralit aku makan sambil tengok TV. Tup2 habih. Bagi aku perasa original lebih sedap berbanding perasa kari. Minggu depan mungkin pi cari perasa yang lain plak.

Masalah II

Masalah: Kulat Hijau
Kebelakangan ni banyak beg yang telah matang dan juga beg peram di serang kulat hijau. Kulat hijau ni mudah berjangkit. Jika satu beg kena.. sat ajer dia pi serang beg lain. Ingat "rumah putih" bleh serang "rumah hijau" balik, tapi rupanya rumah putih tewas - surrender.



Itu bagi beg dah matang (yang dah pi pungut hasil), yang hairan beg peram (tak pernah buka penutup) pun diserang kulat hijau. Macam gambaq dibawah. Secara asasnya mungkin faktor kebersihan telah diabaikan, tapi aku nak tau jugak dimana punca mai kulat hijau ni.



Setakat ini aku dapat rujuk dari slides bertajuk - "Pengurusan Perosak dan Penyakit Tanaman Cendawan" oleh MOhd Jali b. Atan daripada Jabatan Pertanian, Putrajaya. Salah satu point menarik perhatian "..kandungan karbohaidrat tinggi dalam campuran media".

Karbohaidrat ni mai dari mana?. Campuran beg ni cuma ada habuk kayu, dedak, kapor dan air.





Masalah: Mesillium hilang?
Mesillium kulat tumbuh ditengah beg dan terus ke bawah. Diatas atau di penutup leher beg tiada tanda2 koloni mesillium. Beg peram ni memang tak pernah dibuka penutup sehingga tempoh matang. Heran aku pasai apa dia start kat tengah then turun kebawah. ..atau diserang hama?

Thursday, January 1, 2009

Lawatan Ahli Parlimen Merbok

Pada 30/12/08 jam 5.45 petang, Ahli Parlimen Merbok iaitu Dato’ Rashid Din telah melakukan kunjungan ke rumah Cendawan Bumi Kulat di Felda Teloi Timur. Tujuan utama lawatan beliau adalah untuk melihat perkembangan Projek Kulat Orang Kampung yang akan dilakukan secara usahasama diantara Bumi Kulat Enterprise (BKE) dengan Parlimen Merbok.



Beliau telah ditemani oleh pembantu peribadi serta rakan-rakan untuk melihat secara dekat proses penjagaan cendawan serta mendapat maklumat mengenai Cendawan. Disamping itu juga, beliau melahirkan rasa kagum apabila di maklumkan tentang aspek kebersihan yg menjadi keutamaan didalam bangsal iaitu ketika proses pembenihan sehinggalah ke penuaian.



Dato’ Rashid Din yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MODENAS-EMOS telah memberikan beberapa cadangan untuk penambah-baikan serta idea-idea bagi mengembangkan perniagaan BKE.




BKE juga bebesar hati atas kunjungan tersebut dan berharap ia adalah merupakan perangsang untuk BKE bertambah maju dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

- Fazali