Sunday, September 28, 2008

Salam Aidilfitri

Saya dan seluruh geng Bumi Kulat Enterprise mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua usahawan dan pengujung setia laman blog ini.



Terima kasih atas segala nasihat dan komen saudara. Mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau menyingung perasaan para pembaca/pelawat sepanjang penulisan saya disini.

Semoga saudara dapat merayakan Aidilfitri yang paling "best" dalam raya-raya yang lepas.

Dari sKrew BKE..
Abdul Haris Shariff
Mohamad Fazali Ghazali
Yazid
Naziah

Pilot Beg: Minggu 9

Pilot Beg - Siri Akhir.
Pilot beg:
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Minggu 5
Minggu 6
Minggu 7
Minggu 8

Antara hari yang best dalam hidup aku. Lebih 2 bulan dok tunggu2 hasil dari penat lelah + kudrat sendirik. Start dari bulan May lepas complete kursus penanaman cendawan seharian di Alor Star, aku dok angan2 nak tuai kulat dari beg sendirik lepas tu. Walaupun lepas kursus depa ada bagi beg matang dan beli beg matang dari Agrosun, tapi itu belom cukup beri aku kepuasan - Aku rasa.. belom layak aku bergelar usahawan kulat/cendawan ketika itu.



Hari ni setelah 4 bulan berlalu... aku pegang beg berkulat sendirik - Fuh! best tak terkata. Gumbira. Raya!. Rasa macam nak celebrate cucuh bunga api macam kat stadium "Bird Nest". Kebanyakan kulat dari beg pilot kelihat "keremot" skit. Maksud aku tak normal size macam bulat + licin. Tapi dari pengalaman aku.. itu cuma first time keluar. 2nd time nanti kalau suhu+humidity jaga elok, cantek lar dia keluar.

Aku tak sempat nak capture pilot beg bertarikh 26/7 seperti dalam siri pilot beg: Minggu 1, minggu 2, minggu 3, minggu 4, minggu 5, minggu 6, minggu 7 dan minggu 8. Mungkin Naziah dah tuai terlebih dulu pagi tadi. Untuk kumpulan pilot ni aku gabungkan beg bertarikh 26/7 dan 27/7. Batch ni kami begging/kukuih sekali cuma tak sempat benihkan serentak.




Yang aku sempat capture batch ke2 dan ke3 dan yang pilot - beg bertarikh 27/7.


Pilot beg yang masih dalam perjalanan nak keluaq kulat

Tugas cuti hari minggu sebelum balik raya..
1. Buat beggging skit - 45kilo habuk kayu
2. Susun beg matang.
3. Ops Hama - insyallah cuti raya nanti.



Rak beg sendiri yang dah matang

Sambil dok belek beg batch lelain, aku dapati ada sebahagian batch 2(30Jul), 3(3/Aug) dan 4(5Aug) dah matang - Mesillium dah naik penuh satu beg. Ada sesetengah tuh.. tak sabaq nak keluar. Keluar kut penutup peram dan belakang beg. Jadi aku kelaskan semua batch 2,3 dan 4. Cari mana yang matang. Groupkan dan letak pada rak tuai - Ada kira >400 beg bersedia untuk dibukak/dikejutkan oleh Naziah/Jid.

Shiitake

Lama dah aku dok dengar cerita dari kengkawan, ada pengusaha kulat tanam kulat shiitake kat puncak Gunung Jerai. Aku pon dengaq jugak usahawan ini masuk TV cerita pasai penanaman kulat nih. Kak Ros pon ada gak cerita dia dah pi melawat tapak projek usahawan ni.

Teringin jugak aku nak pi ronda tengok... tapi tak kesampaian lagi. Opis aku pon memang dok mengadap Gunung Jerai. Hari2 dok buat morning exercise (kilang jepun) dok tala Gg Jerai. Jarak ke kaki Gg Jerai cuma 4-5km saja.



Detail cerita pasai kulat ni aku tak berapa arif sangat. Cuma yang tau rega dia mahal sikit dan memerlukan suhu yang sejuk. Mungkin kat wikipedia ada detail.



Kelmarin ada sorang kawan yang reja kat sana offer fresh shiitake. Teruih aku amik sepaket untuk rasa. Pengusaha ni tak jual kulat kat local market. Dengar cerita dia export. Kat pasar2 besar memang ada jual kulat shiitake tapi yang kering. Ingat nak buka posa makan sayur nih.. tapi tak sempat. Simpan.. bawa balik makan kat kampong - Raya.

Thursday, September 25, 2008

Pilot Beg: Minggu 8

Jika dikira tarikh pilot beg dibuat hingga ahad lepas (22/9), beg ini berusia 58 hari. Sudah berada pada tahap matang iaitu 50-60hari. Lebih daripada separuh (~65%) kumpulan pilot yang elok telah dipenuhi dengan mesillium. Beg pilot yang lain, mesilliumnya masih dalam perjalanan. Mungkin ada masalah dipertengahan jalan - Gaduh dengan kulat hijau atau mungkin kurang kekuatan mesillium (taruh benih sikit/mati) semasa baru belajar buat beg pilot.


Pilot beg dan batch-3 yang matang


Pilot beg dalam "perjalanan" dan beg palapes

Beg Palapes






Tugas pada Ahad lepas, kami pindahkan semua beg pilot dan batch 2+3 yang mana telah 100% penuh dengan mesillium ke rak tuaian. Ini termasuk beg pilot yang pulih dari kumpulan kuarantin. Sejumlah 272 beg pilot akan dikejutkan oleh Naziah (korek dan kejutkan mesillium yang tidoq selama <58hari) untuk menanti kemunculan kulat pertama kami. Rasanya jika tak muncul pada hari cuti minggu depan... mungkin aku akan miss semasa bercuti raya dikampung.


Gambar hiasan (beg batch beli) - harap2 pilot beg jadi macam ni

Berkenaan kes hama yang dikomen oleh cendawan915 dan Shah, kami telah keluarkan/buang hampir 100beg dari bangsal. Kesemuaan beg tersebut menunjukkan kekurangan mesillium dengan habuk kayu jelas dilihat pada beg yang matang. Aku ada tanya pada Kak Ros dari Agrosun tentang kaedah pembasmian dan beliau cadangan (setelah mendapat nasihat dari Puan Normah) supaya buat semburan bancuhan klorok/bleach kedalam/luar bangsal.


Beg dijangkiti hama. Kelihatan kekeringan + kekurangan mesillium putih. Habuk kayu makin terserlah

Sembur juga pada beg2 media (tutup dulu semua beg2 yang tengah dibuka). Lakukan pada awal pagi kerana hama2 masih dok bermain/bergayut dimulut beg sambil melompat ke beg2 lain. Se-eloknya ulang 2-3kali selama seminggu.

Memandangkan kami masih sibuk reja diopis, mungkin cuti hujung minggu ni sebelum balik raya kami buat Ops Hama.

Wednesday, September 24, 2008

Ronda: Pak Harun @Guar Chempedak

Minggu lepas stok dedak padi berkurangan. Boleh tahan takat seminggu lagi kot.. Itu pon kalau Jid kuat lagi hehehee.. Hujung2 ramadhan ni, aku pon terasa penat dan letih. Nak sodok/bancuh secara manual 30kilo x 3 campuran habuk kayu dalam sari, mau patah riuk pinggang.




La ni @kilang masih banyak stok padi, jadi tarak masalah nak beli dedak padi. Menurut abang yang dok tadah dedak untuk kami kemungkinan bulan November ni stok akan habih. Kami kena plan siap2 - Beli dedak lebih sebelum November nih.

Dikesempatan itu, kami diberitahu oleh kakitangan kilang padi ada seorang pengusaha kulat yang masih bergiat aktif berdekatan Guar Chempedak. Pak Harun katanya. Amik telefon nombor, aku terus call tanya khabaq dan minta untuk buat lawatan sambil belajar dari pengusaha2 yang berpengalaman.



Duh!.. lupa plak ambik alamat lokasi. Daripada panduan Pak Harun, dari simpang 4 Guar Chempedak, amik jalan nak pi ke Jeniang. Sampai lintasan rel retapi terus korna kiri ke jalan mini tar. Simpang mini-tar ke-3, amik kanan.



Pak Harun mengusahakan tanaman kulat bersama isteri dan anak lelaki yang membantu memasarkan dipasar berdekatan. Terdapat 2 jenis kulat ditanamnya - Kulat tiram kelabu dan putih. Sambil itu beliau juga ada menternak kambing secara kecil-kecilan.



Menurutnya lagi selepas raya ni beliau akan menganjurkan kursus tanaman cendawan. Jadi kepada sesiapa yang berada berdekatan dan berminat, boleh hubungi beliau di 012-5575521 untuk maklumat lanjut.


Wednesday, September 17, 2008

Berita: Atap rumbia masih diminati

Sesapa yang dok cari atap rumbia untuk bangsal

Utusan Malaysia: 8 September 2008

KANGAR 7 Sept. - Biar pun negara kini membangun dengan pesatnya dalam bidang pembinaan apabila wujud rumah serta bangunan pencakar langit yang mengagumkan namun bagi sesetengah individu mereka lebih mementingkan keaslian dan ciri seni bina tradisional dalam pemilihan sesuatu lokasi atau tempat tinggal.

Satu ciri tradisional dalam seni bina Melayu yang menjadi lambang dan kebanggaan ialah penggunaan bumbung yang diperbuat daripada daun rumbia atau nipah.

Tidak hairan mengapa kini walaupun negara telah menyambut ulang tahun kemerdekaan kali yang ke-51, masih ada kedai, gerai, restoran, tempat rehat malahan rumah yang 'mengabadikan' bumbung yang diperbuat daripada atap daun nipah atau rumbia.

Atap tersebut menjadi pilihan kerana nilai sentimental yang ada padanya, selain ia dapat menyejukkan keadaan dalam kediaman atau tempat yang dilindunginya.

Di Perlis, satu kawasan yang terdapat ramai pembuat atap daripada rumbia dan nipah ini ialah Beseri Dalam di Beseri.



Seorang pembuat atap rumbia, Man Ismail, 68, berkata, dia mewarisi kepakaran membuat atap tradisional itu daripada arwah bapanya.

Katanya, di kawasan Beseri Dalam terdapat beberapa pembuat atap rumbia kerana di kawasan itu mempunyai banyak pokok rumbia dan ramai yang mahu mempelajari cara membuat atap rumbia sebagai satu cara meraih pendapatan sampingan.

"Saya mula membuat atap rumbia kira-kira 40 tahun lalu dengan mempelajarinya daripada arwah bapa saya, Ismail Abd. Ghani.

"Apa yang saya banggakan, walaupun kini terdapat pelbagai jenis atap moden yang baik dan berkualiti tetapi sambutan daripada orang ramai terhadap atap rumbia kekal menggalakkan walaupun tidak serancak zaman dahulu," katanya yang mengusahakan pembuatan atap rumbia bersama isterinya, Hasisah Ali, 60-an.

Man memberitahu, sejak mengusahakan secara serius kerja membuat atap rumbia, dia menerima tempahan yang banyak termasuk daripada pelanggan dari Johor dan Langkawi.

"Daripada maklum balas yang saya dapat, kebanyakan mereka membelinya untuk membuat bumbung tempat rehat, kedai, rumah. Ada yang membelinya untuk membuat bumbung serta adang untuk projek tanaman cendawan.

"Atap rumbia ini lebih istimewa daripada atap nipah kerana daunnya lebih tahan lasak dan tahan lama, jika atap gred satu yang menggunakan daun yang banyak ia dapat bertahan sehingga lebih 10 tahun," jelasnya.

Atap rumbia juga menjadi pilihan kerana daun rumbia yang digunakan dapat menahan haba panas matahari dan menjadikan ruang rumah atau tempat rehat menjadi lebih nyaman.

Menceritakan cara membuat atap rumbia, Man berkata, teknik tradisional masih dikekalkan dalam membuatnya supaya ia dapat bertahan lama dan 'khazanah' orang terdahulu terpelihara.

"Saya masih menggunakan batang buluh dan kulit pokok bemban untuk mengikatnya kerana jika menggunakan tali ia mudah reput dan putus.

"Setiap atap rumbia mempunyai panjang kira-kira 1.2 meter dan daunnya perlu dilipat agar sama panjang untuk mencantikkan atap itu," ujarnya.

Menurutnya, setiap hari sebanyak 25 keping atap rumbia dapat disiapkan seorang kerana kerja membuatnya memerlukan pemerhatian yang rapi.

"Jika atap dibuat tanpa kemasan yang betul ia akan rosak dan terkeluar jika ditiup angin jadi saya memastikan setiap atap rumbia yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik.

"Atap yang telah siap, diikat sebanyak 25 keping atau lebih dikenali sebagai 'mengkawan' di kalangan orang utara. Bagi setiap ikatan, saya menjualnya dengan harga RM37.50" katanya.

Selalunya daun rumbia diperoleh daripada pokok yang ditanam sendiri dan ada juga yang dikutip dari kawasan sekitar.

Bagi sesiapa yang menggemari dan meminati atap tradisional ini mereka boleh menghubungi Man di talian 04-9383581 untuk maklumat lanjut ataupun tempahan.

Berita: Bina bengkel cendawan dari bahan terbuang

Utusan Malaysia: 15 Sept 2008

ALOR STAR 14 Sept. - Hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih. Itulah perumpamaan yang menjadi pegangan Nordin Ahmad yang kini muncul sebagai pengusaha cendawan tiram berjaya.

Nordin, 48, yang tidak pernah kenal erti patah semangat, gigih mengusahakan tanaman itu walaupun tidak mempunyai sebarang peralatan yang moden dan canggih.

Bapa kepada tiga orang anak itu cuma menggunakan kreativiti sendiri mencari barang-barang terpakai untuk membina sebuah bengkel bagi menempatkan tanaman yang semakin disukai ramai itu.

Nordin sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori nekad menjual lorinya dengan harga RM21,000 untuk dijadikan modal permulaan.

Pada awal tahun lalu, dia berjaya membina sebuah bengkel yang boleh memuatkan sehingga kira-kira 20,000 beg cendawan.

"Saya cari semua bahan-bahan terpakai seperti kayu, asbestos dan kanvas yang dibuang penduduk di sekitar kampung untuk membina bengkel ini. Malah, tempat untuk mengukus (wap) beg-beg yang telah diisi dengan benih juga saya gunakan tong-tong minyak yang tidak digunakan lagi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Hasilnya, dia kini mempunyai 15,000 beg cendawan yang sedia untuk dituai pada bila-bila masa.

"Walaupun saya buat secara kecil-kecilan tapi saya berpuas hati kerana kualiti cendawan saya setanding dengan cendawan lain yang penanamannya menggunakan peralatan yang lebih moden dan canggih. Malah, ada juga pelanggan datang terus membeli di rumah selain dijual di pasar sekitar daerah ini," katanya yang membina bengkel ini bersebelahan rumahnya di Bukit Tinggi, Kepala Batas di sini.

Tambahnya, permintaan cendawan tiram yang mempunyai rasa seakan-akan ayam goreng itu amat menggalakkan sehingga melebihi penawaran dan dia sering kehabisan stok walaupun ia dituai antara lapan hingga 10 kali dalam sehari.

Menurutnya, dia yang berhasrat membesarkan perusahaannya sering kali terbatas disebabkan tenaga kerja yang terhad.

"Saya mengusahakan tanaman ini secara manual. Campuran habuk kayu, dedak dan kapur pertanian diisi dalam beg-beg plastik hanya mengguna tulang empat kerat ini. Saya hanya mampu menyiapkan 500 beg dalam sehari. Ternyata jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan permintaan yang semakin hari semakin meningkat," jelasnya.

Dia pernah berusaha untuk mendapatkan dana dan peralatan yang lebih moden daripada beberapa jabatan kerajaan namun sehingga kini permohonan tersebut masih belum menampakkan hasil.

Dalam pada itu, dia tetap bersyukur kerana hasratnya untuk meneruskan perniagaan tersebut menarik minat anak gadisnya, Nur Hidayah, 21, yang mempunyai kelulusan Diploma Elektronik.

"Sedikit sebanyak, dapatlah meringankan tugas saya kerana Nur Hidayah juga cepat belajar dan boleh diharap untuk mengusahakan tanaman ini," ujarnya yang menggunakan rak ciptaannya untuk penanaman cendawan tersebut.

Pilot Beg: Minggu 7

Kali ni aku tertinggal digcam lepas kalut2 balik berbuka posa di kampong. Sambil tu, aku singgah opis K.Ros di Relau. Beli 80paket kulat beku/frozen dan 8paket benih - Sambil selam tangkap ikan. Kulat beku pon tak kurang hebat. Dapat sambutan yang baik disekitar opis aku, fazali dan sekolah cikgu. Depa kata rasa macam daging ayam.

Order 80paket sebelum ni pon licin, habih dalam masa 3hari. Tu pon ramai dok tanya lagi. Siap booking nak bawak balik kampung katanya. Bulan lepas saja kami dapat jual 210paket.. Alhamdulillah.. kurang2 dapat lar cover duit minyak balik kampung tengok orang tua dan beli benih sekali.


Pilot beg yang sihat.

Status beg pilot 26/7, nampaknya hampir separuh dari jumlah beg dibuat telah dipenuhi oleh mesillium. Ada beg/mesillium yang masih bergerak pelahan. Belum menutup keseluruhan beg media lagi. Mungkin kekurangan benih aktif semasa buat pembenihan. Dijangka lagi 10hari atau hampir hujung bulan kami akan bukak tutup peram dan tunggu hasil sulong.


Keluar dari kumpulan kuaranti

Daripada >240 lebih beg media pilot termasuk batch 2, 3 dan 4 yang aku kuaranti atas dasar beg bermasalah, 96 beg pilot bertarikh 26/7 dan 27/7 menunjukan kemajuan dengan kemunculan mesillium yang putih serelah. Ada beg yang dah dipenuh dengan mesillium, ada yang 3/4 penuh. Walaubagaimanapun aku asing kat beg2 ni dari beg2 masalah dan monitor hingga hujung bulan ni sebelum aku join beg2 ni dengan kumpulan asal yang sama tarikh.


Kulat oren.

Ada kulat oren muncul dimulut beg. Aku difahamkan kulat ni tak berapa serius berdasarkan artikal@Tunas Alam. Cuma bersihkan mulut beg dengan dettol.. betul ka?

Wednesday, September 10, 2008

Pilot Beg: Minggu 6

Pergerakkan mesillium dah menutup hampir keseluruhan beg media. Mengikut perkiraan hari beg ni dah berusia 45hari. Daripada pendapat pengusaha yang aku temui, elok biarkan antara 50-60hari bagi tempoh matang beg media. Lagipun tak banyak batch pilot ini yang menutupi keseluruhan habuk kayu. Cuma beberapa saja yang penuh.



Masalah beg dalam batch pilot masih ada, cuma aku dek (buat tak tau) dan menaruh harapan mesillium putih akan lawan benda-asing, conquer beg tu dan menukar kaler beg ke putih serelah. :-P

Dalam dok lepak belek beg2 dalam bangsal, aku perasaan beberapa masalah beg yang kami hadapi. Antaranya..

1. Kenapa beg media diliputi oleh separuh mesilium?
Side ABeg yang sama. Side B

2. Antara batch pilot, kenapa ada beg yang lembab?
Faktor apa yang mempegaruhi kepantasan/kelembapan pertumbuhan mesillium?
Apakah bintik2 putih yang ditunjukkan pada habuk kayu?

Pertumbuhan mesillium yang normal

Pergerakan mesillium yang lembab + bintik2 putih?

3. Antara beg media matang yang dibeli, kenapa wujudnya beg media yang seolah-olah mesillium semakin pupus? Yang pasti tiada kulat yang tumbuh.

Mesillium makin pupus kaler habuk kayu


Mesillium putih makin berkurangan.

Sebarang pendapat dari rakan2/pengusaha amat saya hargai.

Tuesday, September 9, 2008

Salesman

Sebenarnya permintaan kulat memang amat tinggi, sampai bising peraih2 tetap aku sebab tak dapat hantar secara berterusan. Setakat ini aku belom dapat simpan stock >1 hari. Mungkin pengeluaran kami masih berskala kecil berbanding pengusaha2 yang lain yang berpuluh kilo setiap hari. Jadi.. belom berlaku lambakkan kulat lagi.



Walaubagaimanapun ianya bergantung macam mana kita distribute dan promote produk kulat ni. So apa aku pelajari sepanjang sebulan jadi salesman kulat..

1. Pertama-tama kali sebelum lompat ke-tip dibawah - kena ringan mulut. Kita kena bagitau dan promote dengan rasa bangga berkenaan produk kita. Kalau tak cerita macam mana orang nak tahu/beli. Bagi aku, aku lebih mudah promote barangan sendiri berbanding promote barangan MLM.

2. Jika pasaran peraih tetap - tepu, cuba buat observation/lepak kat market pepagi setelah subuh. Kita akan nampak banyak peraih baru - peraih bergerak mengunakan van dan moto. Mereka ni akan berniaga dikawasan perumahan taman2 dan kampung dimana suri2 rumah tak dapat keluaq pi market.


Jid dok berpeluh pulun packing.

3. Kat sekitar Sungai Petani, boleh dikatakan tiap2 hari ada pasar malam/pagi. Tapi dilokasi yang berbeza. Kat pasar malam/pagi, memang banyak orang jual sayur. Jadi jika ada lebihan stock yang baru petik disebelah petang/pagi, boleh tanya dan tolak kat depa ni.

4. Apabila dapat peraih baru, jangan lupa kasi/tukar kat kad niaga dan yang paling penting minta telefon dia. Follow-up dengan dia bila ada stock baru/lebih. Jangan harap/tunggu peraih call kita. Tak ader. Depa lebih suka kita call tanya dan kurangkan penggunaan sms untuk confirm order - Ianya lambat. Sambil call tanya, kita create relationship. Tanya khabar, duduk mana, bini berapa, anak berapa, berniaga kat kawasan mana - be friendly.

Mungkin ada pendapat lain atau tip2 pemasaran boleh ditambah dari rakan pelawat blog ini berdasarkan pengalaman dalam bidang pemasaran kulat nih - Ianya bertujuan untuk kita berkongsi bersama.

Friday, September 5, 2008

Pilot Beg: Minggu 5

Masuk minggu ke 5, pergerakkan mesillium sudah hampir ke tapak beg. Rasanya sudah 90% dah menutupi beg media. Berbilang hari aku. Orang lain mungkin dok kira hari gaji, nak beli baju raya kot. Aku.. tak sabaq nak tunggu batch pilot beg betul2 matang untuk buka penutup dan bergambar dengan hasil sulong kami.



Minggu ini aku gagahkan hati untuk belek satu per satu batch pilot beg. Nak tengok tang mana silap kami. Setakat minggu ni, daripada 294 pilot beg media dibenih, 153 menghadapi pelbagai masalah seperti serangan kulat hijau, kulat kuning, kulat oren kat mulut beg dan ulat kayu.

Manakala selepas dibelek, beg bermasalah bertambah ke 22 beg. Antara serangan lazim, kulat hijau dan ulat kayu. Jumlah pilot bermasalah bertambah ke 175 atau 60%. Paling aku marah.. ulat kayu. Dalam mesillium putih dok cantek merebak.. tup-tup coih! benda-alah nih. Aku cuba tekan untuk mematikan.. dia tengelam dalam campuran habuk kayu - bara.

Setakat la ni jumlah beg pilot yang cantek, sebanyak 119.



Tapi.. takpa kami ada lagi 2nd batch pilot beg bertarikh 27/7 dan 30/7 yang menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan. Harap2 hujung bulan September ni akan keluaq kulat sulong dan tuaian harian akan bertambah - Pffuuuhh.. jampi daaaa..



Off-topic sikit. Pokok jambu air kat rumah aku - marah. Kali ni dia berbuah sikit tapi sebesar tapak tangan. Kerengga pon bertambah banyak. Marah sungguh dia dan kerengga... kat aku. Rasa dia tetap sama.. manis.