Tuesday, July 20, 2010

Progress Julai 2010

Bermula pada 21 May 2010, aku mula pasarkan 1kg hasil kulat pada peraih lama aku yang terhenti hampir 2 tahun. Dia pon terkejut tapi masih terima kulat aku. Siap order lebih lagi. Harga tetap sama. Bagi aku harga tu murah berbanding penat lelah buat/peram/jaga beg kulat. Memandangkan beg aku pon tak banyak lagi so mungkin lagi cukop tahun bulan depan aku terpaksa up sikit. Bahan asas makanan dan minyak pon dah naik.

Sepanjang Jun dan Julai ni kulat keluar setiap hari antara 2~6kg. Alhamdulillah. Peraih pon bertambah. Tu pon terpaksa agih2kan. Rasanya aku terpaksa out-source dari pengusaha kulat yang berdekatan untuk pasaran sekitar Bedong. Cuma masalahnya masa. Buat secara part time cukup mencabar - Pecut dari opis, packing, deliver, cuci beg, cuci bangsal, buat beg, sumbat kapas, cuci cap, susun beg, kukus beg... fuh! mau bebai kalau silap sikit. Takat la ni aku dan isteri yang buat. Bebudak.. depa kasi riuh rendah kat bangsal.

Hasil jual kulat bulan lepas kalau nak banding dengan penat lelah.. memang out. Tapi memandang banyak modal dilaburkan, aku teruskan. Sambil tu aku cari sumber2 yang lain. Tujuannya cuma satu.. dapat keluar dari rutin 8am-5pm. Berpegang pada kata2 Mr. Ooi dari AgroBio Future S/B (Shiitake GgJerai) semasa hadiri Seminar Cendawan Pulau Pinang di Kepala Batas bulan lalu - "Cendawan adalah perniagaan jangka panjang" katanya

Setakat ni ada beberapa masalah pasai beg peram kulat. Mesillium berhenti separuh jalan. Kekadang cuma takat 1/4 beg, kekadang cuma kat leher beg. Aku perhatikan mesillium yang terhenti separuh jalan mungkin berasal dari beg benih. Kenapa?

1. Seminggu aku mampu buat 240beg = 2 tong drum.
2. Benih yang perlukan 5 beg = 1 beg - 50 beg media
3. Aku suntik benih dalam semua beg, atas 3 troli kemudian susun atas rak.
4. Semestinya susun beg mengikut satu persatu troli. Biasanya 5 ruang rak diperlukan
5. Jika ada beg yang mesilium terhenti separuh jalan, maka 1 ruang rak tu akan hadapi masalah yang sama.



Dulu masa memola beli benih, alhamdullilah semua beg penuh dan matang. La ni ada banyak beg media dibenih pada bulan April, mesilliumnya terhenti separuh jalan. Pendapat aku ianya mungkin berasal dari beg benih. Dari 5 beg benih mungkin ada 1~2 beg benih yang terbantut. Atau mungkin jugak silap aku buat beg - Campuran tak betui, kot kapor terlebih, kot ayeq terlebih/terkurang. Walaubagaimana pon untuk confirm, aku akan guna benih dari pembekal lain.

Masalah kedua, beg2 peram aku habis ditarik kapas bila aku mai bangsal esok pagi. Memola ingat tikus... pasang perangkap buh umpan baguih punya - kepala ikan, drum stick ayam, roti - sekoq pon tak kena. Pagi tadi jenuh aku tampong pakai masking tape. Aku suspect cicakman. Nanti aku pasang perangkap lain... jaga hang!





Dibawah gambaq progress pada bulan Oktober 2009. Tukang kayu dok ukuq nak pasang pagar keliling tanah aku.






Keadaan dalam rumah a.k.a bangsal sebelum dipasang rak kayu. Rumah bersaiz 20x40. Aku buat 4 partition. 2 partition untuk tarik kulat. 1 partition untuk peram. 1 partition lagi untuk bilik benih dan pejabat.



Sunday, June 6, 2010

Progress W1 Jun 2010 - Mesillum separuh beg

Dua minggu lepas progress kulat dihujung minggu terhenti sekejap. Aku ambik cuti rehat 2 hari sebagai penghargaan pada diri sendiri kerana dapat capai sasaran 240beg x 4minggu. Ianya penting sebagai pemagkin untuk buat beg lagi bulan depan. Tapi sebenarnya aku pi berehat sambil berlari - di Hatyai Marathon.

Jadi minggu ni tak dapat kukus beg. Tak cukup beg untuk muat dalam 2 tong drum. Setakat la ni cuma satu tong setengah aja. Alhamdulillah minggu ni boleh kata setiap hari hujan. Kulat pon meriah. Dengan 500 beg matang yang dibuka dapat la hasil sikit antara 1~1.7kg setiap hari untuk dijual pada peraih2 dan pengusaha kuih (dia buat kuih berinti-kan kulat).

Hujung minggu tadi ada kira2 700beg matang dah disusun pada bilik tuaian. Aku dah korek buang benih gandum dan tutup semula. Insyallah hari minggu (weekday) ni akan dibuka secara berkumpulan. Jika prestasi hujan seperti minggu lepas, diharap hasil kulat meningkat antara 2~2.5kg.

Buat masa la ni, aku terpaksa hantar hasil kulat selang-seli - Hari ni A+B dapat, esok C+D, lusa A+B, tulat C+D+E. Macam tu lar.. sementara nak tunggu beg matang baru.



Sambil dok kelas beg2 matang, ada satu group beg bertarikh 13/4 agak menghairankan. Daripada 250 cuma 40beg saja yang messilum kulat menurun sampai separuh beg saja. Ada sesetengah tu.. tak sampai suku beg pon, dah stop dah - tup2 naik kulat kat penutup. Ada sebarang pandangan?



Tapi batch sebelum dan selepas 13/4. Cantek. Alhamdulillah. Aku dapat 100% beg matang. Bahan campuran dan tempoh kukus tetap sama. Benih kulat pon dari pembekal yang sama.

Dalam dok belek2 batch 13/4 yang masalah, terperasan aku sebahagian fizikal beg kulat tu macam disedut buang angin. Plastik beg berkeredut macam hisap ais-kerim malaysia 2 kupang tuh.



Pandangan aku mungkin kapas disumbat dalam penutup peram agak padat sampai kulat tu tak boleh bernafas sehingga bekeredut beg plastik kulat.

Setakat la ni. Dah takat 13 batch dibenih. Peratus beg rosak cukup kecil - Mungkin rumah kulat baru - Hama dan kulat-kulapok belom bertandang lagi.


Beg terlalu banyak air

Gambar rumah dan tanah sebelum diubah-suai menjadi bangsal kulat. Diambil pada pertengahan 2009




Sunday, May 23, 2010

Intro dari Sg Lalang

Lama dah aku nak update blog it2tani ni. Tak sempat. Kalut dok setup bangsal dan pulun buat beg kulat sendiri. Sejak Disember 2009 aku dah start balik projek kulat ditanah aku sendirik. Antara Disember hingga Februari tukang kayu pulun buat bangsal dan modified rumah yang sediada masa aku beli tanah ni. Luas rumah cuma 20x40 lebih sikit. Kemudian aku tambah bangsal operasi 10x20 dan pagar zing keliling perenggan tanah.



Nanti aku taruh gambaq rumah dan bangsal. Kalau sempat aku akan update progress projek kulat beberapa bulan lepas (Mac, April dan May)

Petang ni baru selesai kukuih beg kulat batch 10. Satu batch ada 2 tong drum. Satu tong drum ada lebih kurang 120beg. Jadi setiap batch ada antara 240~250beg. Itu yang termampu aku buat dalam seminggu sebagai part-time. Pepagi aku masih lagi dok pi reja di opis. Setiap petang 5:30pm (Isnin~Jumaat), aku tukaq shift. Reja buat kulat plak, sampai 8pm~10pm.



La ni beg batch 1 (Beg 100% buatan sendiri) dah keluar hasil, tapi cuma 200beg aja. So 2~3 minggu ni aku niat sedekah aja. Bagi kat jiran2 dan kawan2. Aku belom jual hasil kulat lagi. Tapi bulan lepas aku ada jual 50beg matang kat kawan aku.

Sementara tunggu beg kukuih, aku tengok sebahagian beg batch 2~3 dah matang dah. Aku susun masuk dalam bilik tuai dan colek buang biji gandum. Manakala beg batch 1~2 aku buka semula penutup rehat berjumlah >250beg. Target aku minggu depan nak start tolak kat market.