Aku rasa sebagai Jabatan Pertanian depa patuh jadi role-model kepada pengusaha2 terutama bagi yang baru memulakan perniagaan/pertanian. Kebanyakkan newbie seperti aku, pastinya akan rujuk kepada Jabatan Pertaniaan sebagai panduan.
Benih dibeli dari Bumbung Lima (B5)
Sebenarnya dah 2-3 pengusaha mengatakan benih B5 kurang berkualiti. Tapi aku masih menaruh harapan memandangkan disebelah utara amat sukar untuk mendapatkan benih - Mungkin pendapat diaorang salah.
Harga sebotol benih di B5 murah berbanding dipasaran luar. Murah pon.. cuma beberapa kupang/sen saja (krg RM1). Tapi jika nak dibandingkan jumlah peratusan beg yang akan rosak, berkemungkinaan tinggi. Dan kos/modal 1 beg yang rosak dah boleh cover harga perbezaan untuk dapatkan 1 botol benih yang bermutu.
Jauh beza benih dibeli dari Agrosun di Relau.
Aku sedang gamble ratusan beg media + masa + gas + penat-lelah buat beg media untuk benih B5... Adakah B5 rasa yang depa ni "menyusahkan" para pengusaha cendawan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak confident tgk benihnya. Mcm tak sihat je.
Tak sampai sebulan.. dah bertompok. Korek ajer.. lembab je kat dalam botol benih.
Post a Comment