Friday, January 16, 2009

Masalah II

Masalah: Kulat Hijau
Kebelakangan ni banyak beg yang telah matang dan juga beg peram di serang kulat hijau. Kulat hijau ni mudah berjangkit. Jika satu beg kena.. sat ajer dia pi serang beg lain. Ingat "rumah putih" bleh serang "rumah hijau" balik, tapi rupanya rumah putih tewas - surrender.



Itu bagi beg dah matang (yang dah pi pungut hasil), yang hairan beg peram (tak pernah buka penutup) pun diserang kulat hijau. Macam gambaq dibawah. Secara asasnya mungkin faktor kebersihan telah diabaikan, tapi aku nak tau jugak dimana punca mai kulat hijau ni.



Setakat ini aku dapat rujuk dari slides bertajuk - "Pengurusan Perosak dan Penyakit Tanaman Cendawan" oleh MOhd Jali b. Atan daripada Jabatan Pertanian, Putrajaya. Salah satu point menarik perhatian "..kandungan karbohaidrat tinggi dalam campuran media".

Karbohaidrat ni mai dari mana?. Campuran beg ni cuma ada habuk kayu, dedak, kapor dan air.





Masalah: Mesillium hilang?
Mesillium kulat tumbuh ditengah beg dan terus ke bawah. Diatas atau di penutup leher beg tiada tanda2 koloni mesillium. Beg peram ni memang tak pernah dibuka penutup sehingga tempoh matang. Heran aku pasai apa dia start kat tengah then turun kebawah. ..atau diserang hama?

1 comment:

Fatisha said...

salam....

karbohidrat tu dari dedak.. dedak kan asal dari beras... beras tu kaya dengan sumber karbohidrat... sebab tu org kata dedak padi ni penyumbang kepda kulat hijau.. tetapi bergantung kepda tempat juga...

yang hilang dari atas tu hama... tgk keadaan sekitar bangsal... kalau ada sumber2 yang boleh bawa kepada kedatangan hama ni... hama ni bahaya... nanti kita tak sempat tuai hasilll... tapi beg yang kena hama masih boleh keluarkan hasil dari bahagian belakang... jangan buang terus tapi asingkan ke tempat yang khas utk penuaian hasil...

all the best!!!