Wednesday, May 21, 2008

Beg Intro

Sementara Fazali dok perusah penaik bangsal di Teloi, aku contact beberapa pengusaha di sekitar Kedah. Seperti dalam perancangan, kami budget dalam RM3k++ untuk pembelian beg media yang telah matang dalam 3 ribu beg sebagai beg permulaan. Tapi bergantung pada kos per unit, ianya sebagai..

1. Pembakar semangat (selepas bangsal siap).
2. Belajar mengawal kelembapan dan pencahayaan dalam bangsal.
3. Pengeluaran pengenalan - hasil jualan boleh dibuat pusingan modal untuk bahan media.

Setelah bersembang dan rundingan harga daripada beberapa pengusaha, akhirnya kami dapat harga yang berpatutan – RM1 satu beg. Pengusaha tersebut bersetuju untuk hantar beg yang dah 2 bulan matang. Tambahan pulak lokasi pengusahan berdekatan dengan kampung aku.

No comments: