Monday, May 26, 2008

Habuk dan Dedak

Alhamdulillah.. beberapa tugas yang direncanakan untuk minggu ini berjalan lancar. Memandangkan kami berdua masih bekerja, jadi segala urusan projek ini cuma dapat dibuat pada hari minggu dan kami "bertulangkan" Yazid bagi menguruskan kelancaran projek dihari berikut.

Antara 3 rancangan, satu daripadanya terpaksa ditangguhkan.

1. Pendaftaran nama syarikat
Setelah berpakat kami berpendapat untuk tubuh satu syarikat yang mana ia diterajui oleh kami bertiga - aku, Fazali dan Yazid. Ini bagi mudahkan urusan perniagaan dimasa hadapan.

Ditangguhkan kerana kakitangan SSM/ROB terlalu cerewet (tidak setuju) dengan 3 nama syarikat yang cadangkan oleh kami. Tanpa memeriksa dalam ROB database samada ianya telah didaftar atau belum. Bagi aku cerewet dia keterlaluan sehingga memberi pandangan yang kurang munasabah. Antara komen dia (pak cik tua dalam 50an) tak boleh ada nombor, tak boleh ada singkatan perkatan English, nahu nama syarikat salah dan dia siap cadangkan, boh "Nama sendiri" contohnya - Hamidon Enterprise. Huh! ni.. sapa tauke nih.

Dari pengalaman, kami memang ada daftar nama syarikat sebelum ni. Lebih kurang sama format macam nama syarikat kami yang lepas. Tapi tak la kena reject macam orang tua ni. Habih teruk pun.. depa kata - "Nama syarikat dicadangkan dah ada dah"

Bagi aku nama syarikat adalah bebas tak semestinya merujuk pada perniagaan yang dijalankan.

Hampir >10min dok bertegang leher dengan orang ramai dok queue dibelakang, aku ajak Fazali keluar dan kami bersetuju untuk daftar dihari dan tempat lain - Bagi orang tua tu menang.

2. Cari Dedak Padi
Setelah 2 lawatan ke kilang proses padi di sekitar Guar Chempedak.. alhamdulliah kami dapat tawaran harga salah satu bahan untuk buat beg media. Walaupun sikit mahal dari jangkaan tapi untuk permulaan, itu sudah baik. Mungkin boleh dibuat Kaizen dikemudian hari.






3. Cari Habuk Kayu
Dari 2 sumber yang diperolehi oleh kami, ia boleh diperolehi di Baling tapi kami tak ada maklumat lanjut seperti alamat atau telefon pembekal. Setelah redah >15km+ dari Teloi, kami jumpa Kilang kayu getah yang terletak ditepi jalan utama. Lepas sembang2 dengan pemilik kilang, rupanya dia tak jual habuk kayu...

"Aarrrkk..." terkedu aku..

Tapi... dia tolak habuk kayu kat orang tengah. Diberinya aku nombor telefon dan teruih dail. Alhamdulillah - dapat tawaran harga untuk habuk kayu.

No comments: