Masuk minggu ke 3, mesilium dah merebak melebih separuh beg media. Tapi masalah beg media rosak bagi batch pilot makin bertambah. Sudah hampir separuh berbanding beg yang "sihat". Risau aku dibuatnya.
Dijangkiti kulat kuning.
Setiap minggu aku terpaksa belek satu persatu dari 171 batch pilot untuk memastikan dimana silap kami semasa membuat pembenihan. Mungkin tempoh kukusan perlu ditambah? Mungkin kurang panas? Mungkin cara pembenihan yang salah?
Jumlah pilot beg yang rosak
Jumlah pilot beg yang ok
Thermohygrometer di bangsal pernah menurun hingga <50%. Satu petunjuk bahawa kelembapan berkurangan. Menyebabkan tunas kulat/cendawan yang baru bercambah mati kekeringan. Manakala yang bersaiz sebesar tapak tangan, mengecut. Tangkal kulat pon berubah dari putih ke kekuningan.
Curah air 3-4x sehari pon, kelembapan masih lambat meningkat. Mungkin hawa dingin lambat untuk diserap naik berbanding hawa panas yang mudah menurun. Aku terpaksa pasang sprinkler siram laman rumput rumah aku diatas atap nipah bangsal. Secara tak langsung memanjangkan ketahanan atap nipah dan menambah humidity dalam bangsal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Betul, kalau banjir lantai bangsal pon tak dapat turunkan temp dan increase humidity. Heat exchange tidak berlaku. Kena apply evaporative cooling, seperti mist.
La ni cuaca pon tak menentu. Saya nak kena cari cooling system macam mist untuk taruh kat dlm bangsal.
La ni dok sourcing rega / model
Post a Comment