Monday, October 6, 2008

Berita: Kurang risiko kanser

Harian Metro.
Tarikh: 30 Sept 2008

GURUN: Permintaan tinggi terhadap cendawan shiitake atau nama saintifiknya ‘Lentinus Edodus’ di pasaran tempatan dan luar negara mendorong Ooi Chooi Liang, 55, mengusahakan tanaman itu di puncak Gunung Jerai, dekat sini, sejak 10 tahun lalu.

Ooi menerusi syarikatnya, Agro Bio-Future Sdn Bhd mula menerokai kawasan seluas kira-kira empat hektar di puncak gunung itu bagi memulakan penanaman cendawan organik itu.

"Cendakan shiitake yang berasal dari Jepun mempunyai potensi luas dari segi permintaan selain pulangan lumayan. Shiitake adalah cendawan kedua popular di dunia selepas cendawan butang dan ia mendapat permintaan tinggi dari Australia, Jepun dan Singapura.

"Walaupun berkedudukan di tempat kedua, cendawan shiitake secara perlahan-lahan mengatasi populariti cendawan butang," katanya ketika ditemui di ladangnya di sini, baru-baru ini.

Ooi berkata, cendawan itu juga menjadi pilihan kerana ia baik untuk kesihatan dan mengandungi pelbagai asid amino dan lebih terkumpul berbanding kacang soya, daging, susu serta telur.

Selain itu, khasiatnya mampu mengurangkan kolestrol, mengawal tekanan darah tinggi dan risiko kanser.

Mengenai kaedah penanaman, Ooi berkata, langkah pertama membabitkan urusan mencampur dan membungkus habuk papan sebelum benih shiitake dimasukkan dan disimpan dalam pondok khas.

Katanya, benih bermutu tinggi yang digunakan bagi tujuan itu dibeli dari Jepun.

Bagaimanapun, penghasilan shiitake yang bermutu tinggi bukan mudah dan memerlukan kesabaran tinggi.

No comments: