Monday, May 5, 2008

Mukadimah

Aku bekerja disebuah syarikat industri di Sungai Petani. Hampir memasuki 10 tahun bekerja disyarikat tersebut sebagai System Engineer di jabatan teknologi maklumat. Tugas aku memastikan pelayan (servers) dan pengkalan data (database) berjalan lancar.

Selain itu aku juga turut membantu kengkawan satu jabatan dalam menguruskan operasi jabatan seperti PC trouble-shooting, repair, rangkaian (network), email servers, menguruskan sistem cctv keseluruhan kawasan syarikat dan berurusan dengan pihak vendor dan pembelian peralatan komputer.

Aku sudah menceburkan diri dalam IT selama 14 tahun. Rasanya agak lama dah, dan sejak kebelakangan ini aku sudah hampir muak untuk menyelesai masalah orang/syarikat dalam sistem IT. Ingin aku bertukar suasana kerja ke kawasan lain tapi rasa sama saja. Tak jauh beza bidang IT di syarikat lain. Backup, restore, preventive, documentation, planning, trouble-shooting.. sama saja. Users/management cuma nampak sistem jalan lancar, tapi kerja-kerja belakang tabir untuk pastikan sistem jalan lancar tak siapa pun ambik soal - Terfikir aku plan B.

Beberapa bulan lepas, aku ada terbaca berkenaan kejayaan usahawan wanita Pn. Zainon Ariffin yang berjaya dalam pertanian. Beliau ambik bersara awal VSS dan labur dalam bidang cendawan. Beberapa hari kemudian aku terbaca seorang akuantan En. Azhar Abdul Rahman berusia 47 tahun letak jawatan untuk tumpu dalam bidang cendawan. Terdetik plak aku nak tau lebih lanjut.

Kebetulan sistem servers di syarikat aku mengalami masalah. Nasib baik pihak syarikat ada signed support contract dengan pembekal. Setelah berjaga seharian dan semalaman dok trouble-shoot dengan technical support - Mie, terpacul mulut aku

"Hisss.. kalau ada bisnes cendawan.. kan best"

Tak semena-mena Mie buka notebook(laptop) dan tunjuk kat aku gambaq-gambaq projek pak sedara dia di Balik Pulau - Projek Cendawan. Teruja aku melihat gambaq-gambaq cendawan, aku minta Mie set appointment untuk aku mengetahui lebih lanjut proses pertanian/pengendalian Cendawan.

No comments: