Tuesday, May 20, 2008

Plan Rumah Cendawan

By Fazali

Pada mulanya, rumah cendawan nie aku plan nak buat yg simple aje. Macam yang aku observe dan surf beberapa blog dan juga info yang diterima. So, tak la susah sangat. Dalam hati kata, "isshh, yang nie Jid (panggilan adik ipar – Yazid) pun boleh uruskan"

Pada mulanya aku plan nak buat rumah cendawan yg keluasannya 20 kaki X 10 kaki. Tempatnya di kawasan lapang belakang rumah Pak mertua aku. Dah cukup luas nie, boleh naik bangsal, modal pun tak banyak, tak payah nak perata tanah gak. Kemudian, adik ipar aku "Yazid" pulak bertanya, "bang, tak kecik ke?.."

Aku pun terkedu sat...Sebenar nya, aku dok bimbang juga kalu-kalu Jid tak mampu nak uruskan bisness cendawan nie seorang diri. Maklum saja, aku masih lagi bekerja dan tak boleh nak bantunya setiap hari nanti.. Aku paham maksud Jid tu, jikalau kecik, hasil pulangan tak la lumayan. So, aku pun slow talk dengan dia.

"Jid, kita try dulu, kalu risiko dan defect kurang, hasil nya meningkat.. baru kita tambah bangsal, OK, la ni kita extend ke 20 x 15 kaki pulak."

Dia pun setuju dgn cadangan aku walaupun dalam hati, aku masih lagi bimbang nak kena revise additional budget untuk projek cendawan nie.

Selang beberapa hari, aku ke pejabat utama dan berjumpa dengan sahabat baik aku. Haris, sembang punya sembang pasal progress cendawan.biasa la, aku citer padanya status memohon pinjaman dari MARA yg aku rasakan banyak "Red Tape" bagi orang baru macam aku nie yg betul-betul ingin mengusahakan sendiri projek cendawan. Aku pun story sket kat Haris,

"Camna bang , depa nak 6 bulan period punya register company dan bank statement account, baru boleh nak apply..so, aku punya plan B...aku nak buat personal loan dengan Bank Rakyat ka atau Bank Islam.." kata ku pada Haris.

Dan Haris pulak ceritakan pengalamannya dengan Jefri di Balik Pulau dgn Hj. Marzuki. Tup-tup, dia cadangkan untuk joint venture sebagai business partner untuk projek cendawan nie. Aku pun setuju dgn idea tu, sebab aku tengok dia bersungguh-sungguh dan semangat untuk buat cendawan.. at least, aku ada gak partner yg mempunyai matlamat dan tujuan yg serupa untuk sama-sama berjaya. Aku kata kat Haris
"Hang mai tengok dulu tapak lokasi kat rumah pak mertua aku, lepaih tu hang nak top-up banyak mana ka.itu citer kemudian la". So, dia pun setuju.

Hari minggu, 27 April 2008, Haris datang kat rumah aku. Plan tu nak tengok lokasi projek di rumah pak mertua aku. So, kami sampai di Felda Teloi Timur pada jam 11.45 pagi. Kebetulan pada waktu tu Jid dan pak Mertua aku ada di rumah. Kami pun tinjau kat tapak sambil aku pun explain keluasan tanah yang sedia ada vs plan asal bangsal. Tetiba-tiba pak mertua aku mencelah dan bagi suggestion..
"Tebang pokok cempedak dan nangka kemudian perata tanah bagi jadi luas, buat bangsal tu biaq besaq sikit".

Aku pun surprise gak kata-kata pak mertua aku tu, betul ke nie.. Yang ni bukan line clear lagi dah tapi dah bagi "Lesen Kontraktor Kelas A" fuuhhh.. So, on the way back to SP. Haris dgn semangat berkobar-kobar bagi tau yang dia nak pi sertai kursus cendawan di Aloq Setaq pada 3hd Mei nanti (hari sabtu). Aku pun setuju dengan niat dia tu...aku pun bagi tau kat dia, cuti 1 Mei iaitu Hari Pekerja (hari khamis) nanti aku nak balik ke Teloi sebab nak ukur keluasan tanah dan buat discussion sikit dengan Jid untuk cari tukang yg boleh buat bangsal.

1 Mei - Hari cuti, sampai saja dirumah pak mertua, aku ambil tape pengukur dan terus mengukur.. fuuuhh panjang nie 50 kaki lebih ni dan lebar pulak 30 kaki. Itu belum perata tanah lagi, kata ku..betul kata pak mertua aku, boleh pi 60 kaki. Tapi sebab kawasan belakang tu berbukit, bercerun curam plak so setakat nie pun jadi lah.. Tengahari, Haris hantar sms kat aku bertanyakan status beg media Jid yang ke-3.. aku pun ada feedback kat dia tentang keluasan tanah tu. Lepaih tu, hari sabtu, Haris hantaq sms lagi, nampak gempaq sikit message tu..

"Hang naik 40 x 20. Aku backup hang, By hook by crook, kita kasi jadi".

Waaa... kawan aku nie dah terbakaq habih, dengan aku pun kena bahang nya.... Fuuuhh nak kena revise lagi budget nie kena buat betul-betul.

So aku terfikir, takkan bangsal 40 x 20 nak buat plus/minus je, leceh la kalu orang tau aku nie in-charge "Quality System & Planning" di QMT Dept, tak boleh manage/planning own project.. then, idea buat rekabentuk rumah cendawan dgn segala perisian yang aku ada ..adobe illustrator + photoshop + ms Office dll..mmm hasil nya tak la secanggih mana pun..buat plan nak bagi kat tukang yg buat bangsal tu paham ja.. Kalu canggih sangat technical drawing aku nie, tukang kayu bertambah kayu pulak kang... heee.heee



Macam yg aku intro.. Plan nie simple aje. Keluasan binaan 40x20x12 kaki, berbumbungkan atap nipah, dikelilingi oleh dawai mata punai. Tujuannya, aku tak mau bagi tikus, tupai, ular atau sebagainya masuk kedalam bangsal nanti. Nak kena jaga kebersihan dan kualiti cendawan dari sebarang pencemaran kemudian, dawai mata punai akan dilitupi dgn plastik hitam. Tujuannya nak bagi gelap didalam bangsal di samping memastikan pengaliran udara yg baik. Lagi pun lokasi tu pun dikelilingi oleh pokok-pokok - pastinya bertambah redup dan sejuk. Lepaih tu, aku buatkan lubang air, tujuan nya bila nak bersihkan lantai nanti senang lah air hendak keluar mengalir. Target kami, rumah cendawan nie nanti boleh memuatkan sebanyak 10 ribu beg media dan dari kiraan yg aku buat 10,600 beg saja. OK dah tu. Mungkin boleh pi lebih..

Harapan aku.. semua planning yang kami buat ni mendapat keredhaan allah dan restu dari keluarga mertua disamping cita-cita kami tercapai sebagai "Usahawan" baru dalam bidang yg serba baru bagi kami..

Master Schedule


Signing Off - Mfazalig.

No comments: