Friday, May 9, 2008

Partner and Teloi

Somewhere earlier in April before visit Cendawan Balik Pulau.

Tengah dok surf blog2 cendawan, mai kawan aku - Fazali, lepak kat kubik aku - sembang2. Dalam dok gebang + mengumpat :-) tersebut lak aku nak berhenti nak buat/tumpu pertanian cendawan.

Dia pon setuju, tapi memula aku tak berapa percaya sangat level confident/setuju dia tuh. Dok anguk2 dan dengar aku cerita pasai cendawan dari blog2 yang aku baca 2-3hari lepas.

Aku bagitau dia ada kursus penanaman cendawan kat Alor Star yang dianjurkan oleh projekcendawan.blogspot.com, kalau dia berminat nak pi. Dan aku pulak masa tu dok kalut tunggu orang ke-3 yang mana isteri aku selamat bersalin pada 12 April. Baby pompuan. Jadi aku tangguh dulu kursus tuh.

Senyap2 member nih hantaq pi ipar, Yazid pi kursus dulu dan siap lengkap kertas kerja bersama plan perniagaan dan juga artikel2 berkenaan cendawan - Member nih.. lagi advance!

Selepas seminggu bercuti, Fazali call aku kat opis. Katanya dia dah terbakaq nak buat cendawan lepas tengok CD daripada ipar. Aku minta buat CD-copy nak tengok kat rumah. Memang betul! CD projekcendawan.blogspot.com memang membakar.

Lepas dung-dang-dung-dang dengan Fazali kat opis hari berikutnya. Kami ambik keputusan untuk jadi partner. Kami bersetuju untuk invest bersama-sama dan mula projek cendawan di rumah pak mertua dia di Felda Teloi. Memandangkan kami masih bekerja, Fazali minta Yazid tolong tengok2kan/uruskan. Dia setuju.

Hari minggu tu aku buat lawatan tapak. Bukan apa.. cuma nak tengok lokasi, samada sesuai atau tak. Sebab aku pon ada rumah kosong sendiri kat kampung Sg. Lalang.


Cadangan lokasi habuk kayu dan kukusan

Tapak bangsal

Cadang untuk naik 20x40

Canteeekk.. 12:30pm. Masih redup dan sejuk

Tapak cadangan rumah bangsal terletak betul dibelakang rumah mertua dia. Pak mertua dia pon sporting/minat dengan cadangan kitaorg. Siap suruh/cadang traktor tolak 3-4 pokok nangka+cempedak bagi luas. Lokasi.. memang canteekk. Redup. Dikelilingi pokok2. Jam menunjukkan 12:30.. canteek tak panas/peluh.

Yazid tunjukkan kami beg2 media yang diberi percuma di kursus cendawan minggu lepas.. peeehh! terbakaq!!


Beg kit lepaih hadir kursus cendawan diAlor Star

Yazid bawa keluar dari bilik dia

2 dari 8 beg dah keluar Cendawan. Teruja gilar aku.

Baru nak cambah

Aku cakap kat partner aku, Fazali...
"Kita kena buat sampai jadi. Target aku.. cukup tawon ni bagi surat!"

No comments: