Wednesday, May 28, 2008

Bangsal - Minggu ke 2

Dari Guar Chempedak kami singgah (makan tengahhari) di Teloi tengok progress bangsal sebelum menerus perjalanan mencari habuk kayu di Baling.

Berukuran 20" x 40" dan dibina oleh 3 orang pekerja. Agak tinggi sedikit ketinggian bangsal, ini membolehkan kami membina 4 tingkat rak berbanding 3 seperti jangkaan di kertas. Kemungkinan kena guna tangga untuk memunggut hasil :-) dan sejumlah 18k-20k beg media boleh muat didalamnya.

Jangka siap dalam 2-3 minggu lagi bergantung keadaan cuaca. Kebelakangan ini hujan kerap turun disebelah petang. Harap2 cuaca elok sepanjang pembinaan.

Lepas ni nak kena uruskan atap nipah plak. Fazali dah "book" dari Merbok. Insyallah tengah Jun sampai. Tapi kami usaha untuk ambik sebahagian dari jumlah pesanan untuk pasang oleh pekerja binaan.




No comments: