Monday, May 12, 2008

Kursus @Alor Star

Tarikh: 3 May 2008 / Sabtu

Aku hadiri kursus penanaman cendawan komersial di Alor Star. Anjuran projekcendawan.blogspot.com. Bermula jam 8:30am sampai jam 5 petang. Di Komplek Sultanah Bahiyah.



Tak ramai yang hadir, lebih sikit dari 10 orang barangkali. Aku tak kisah berapa orang yang hadir. Janji ilmu dan pengalaman dari penceramah En. Izwan dapat aku fahami dan pelajari.

Para peserta diberi beg yang mengandungi buku panduan beserta contoh sample seperti habuk kayu, dedak padi halus, kapur pertanian, plastik beg cendawan, termasuk leher dan penutup beg.

Pada sesi pagi, kursus lebih kepada teori berkenaan cendawan seperti tayangan video dari siri tv Agro Journal, jenis2 cendawan, proses2 penanaman cendawan, peralatan, ciri2 bangsal, penyakit2 dan pemasaran.

Selepas makan tengahari dan bersolat di masjid sebelahan, En Izwan mula menumpukan pada latihan praktikal. Para peserta diajar membuat beg cendawan dengan sukatan nisbah habuk kayu, dedak padan kapur 100:10:1. Jumlah air secukupnya sehingga kepalan campuran habuk kayu tidak terlerai.


Gotong royong

Bilik kursus

Macam bancuh simen

Gotong royong II

Contoh periuk kukuih

Cara susunan beg2 dalam tong drum kukusan

Kemudian ditunjukkan contoh tong drum untuk kukusan. Dalam kursus ini En. Izwan lebih menekankan pada bagaimana untuk memulakan penanaman cendawan dengan kos minima. Para peserta perlu berkreatif mencari alternatif disamping menerangkan perkara2 asas. Contohnya bina rak kayu dari buluh, guna guni sebagai siling dan juga dapat mengekalkan kelembapan, guna bahan2 terpakai dan lain2.


Contoh hasil cendawan

Diakhir kursus, para peserta diberi 5 beg yang telah matang (balik, bukak penutup dan tunggu 4-5hari) serta sijil penyertaan dan senarai nama/tel sesama peserta. Harapan pihak penceramah semoga para peserta dapat saling menghubungi bagi membina rangkaian dimana kita dapat bertukar pendapat, khidmat teknikal dan pemasaraan.



Terima kasih pada En. Izwan dari projekcendawan.blogspot.com, isyallah kita akan saling hubungi nanti.

Isnin @8:30pm - Baru bukak penutup

5 beg depa bagi, 2 beg lagi aku gabuih dari contoh hasil cendawan (dgn izin En.Izwan)

No comments: