Wednesday, September 10, 2008

Pilot Beg: Minggu 6

Pergerakkan mesillium dah menutup hampir keseluruhan beg media. Mengikut perkiraan hari beg ni dah berusia 45hari. Daripada pendapat pengusaha yang aku temui, elok biarkan antara 50-60hari bagi tempoh matang beg media. Lagipun tak banyak batch pilot ini yang menutupi keseluruhan habuk kayu. Cuma beberapa saja yang penuh.



Masalah beg dalam batch pilot masih ada, cuma aku dek (buat tak tau) dan menaruh harapan mesillium putih akan lawan benda-asing, conquer beg tu dan menukar kaler beg ke putih serelah. :-P

Dalam dok lepak belek beg2 dalam bangsal, aku perasaan beberapa masalah beg yang kami hadapi. Antaranya..

1. Kenapa beg media diliputi oleh separuh mesilium?
Side ABeg yang sama. Side B

2. Antara batch pilot, kenapa ada beg yang lembab?
Faktor apa yang mempegaruhi kepantasan/kelembapan pertumbuhan mesillium?
Apakah bintik2 putih yang ditunjukkan pada habuk kayu?

Pertumbuhan mesillium yang normal

Pergerakan mesillium yang lembab + bintik2 putih?

3. Antara beg media matang yang dibeli, kenapa wujudnya beg media yang seolah-olah mesillium semakin pupus? Yang pasti tiada kulat yang tumbuh.

Mesillium makin pupus kaler habuk kayu


Mesillium putih makin berkurangan.

Sebarang pendapat dari rakan2/pengusaha amat saya hargai.

2 comments:

SlimBudget said...

Dari pengalaman kami ni jawapan saya.

1. Masilium berhenti kerana dia tak dapat nak explore area tu. Antara faktor adalah kurang atau tiada nutrient, kukusan tidak rata atau ada organisma lain sudah colonize area tu.

2. Adakah beg ni didalam pemerhatian setiap hari ? Bancuhan batch yg sama OK ? Kelihatan mcm masilium dimakan hama.

3. Ni kes hama memakan masilium. Kena bertindak pantas sebelum satu bangsal kena. Buang terus dan jgn cuba recover. Sangat-sangat mudah berjangkit. Di blog kami dan Ayne ada kes sama. Kami terpaksa kosong kan bangsal dan buang semua bongkah.

Anonymous said...

Assalamualaikum Haris...
Sebenarnya saya pon baru gak nak merangkak dlm bidang nie. Tapi, yg mmg pasti satu, misselium kalau hilang selapas dia tumbuh mmg kes hama. Saya pon kena gak ( batch kursus ). Dlm blog ada citer skit. Sama cam nasihat otai @ org lama dlm bidang nie, scrap aja cecepat beg beg tu dan buat full 5S kat bangsal tu. Maklumat lanjut leh check blog ayne naning atau cendawan 915. Saya pon blajar kat sana. Siap ada camna nak selesaikan lagi.