Friday, September 5, 2008

Cerita Kezut II

Minggu lepas dia test kami lagi. 2 hari dia keluaq diluar jangkaan. Kali ni ia memadam rekod catatan minggu lepas. Start hari selasa kami dapat tuai sebanyak 10kg.

Gelabah jugak aku sebab pengeluaran menadak. Salah satu sebabnya client/peraih-tetap kami tak ramai dan yang kedua kulat ini nak kena tolak cepat sebab peti-ais kami dah tak celuih.


Penuh peti-ais. Yang tak berkenaan dok luaq.

Tapi alhamdulillah petang selasa tu sebaik sampai bangsal untuk ambil packing kulat dari tempat reja, 10kg dah habih orang booking. Fuh! lega. Tarik napaih dalam2 aku - Kepuasan. Tapi sebenarnya.. rezeki tak datang bergolek. Tengahari tu jenuh kami dan cikgu email+kompang merata kat kawan2, peraih2 dan tauke2 kantin.

Malam tu dan keesokkan hari seawai subuh - aku buat delivery sebelum pi reja.

Tengahari hari Rabu, Jid sms ada 12kilo. Tu dia aaiihh. Tersandaq sat aku kat kerusi reja. Peraih tetap yang dok ada - tak mau dah. Pagi tadi dah hantar 30+20paket kat depa. Mau lagi 2 hari baru stock depa habih.



Dengan bantuan cikgu dan Fazali, malam tu kami dapat confirm hampir 9kilo cuma tinggal balen 30paket/100g. Bagi aku extra paket adalah peluang untuk menambah senarai pelanggan baru kulat - Bukan mengalah.

Subuh keesokan harinya lepas hantaq kat peraih tetap, dengan balen 30pkt aku pi lepak sambil memerhatikan aktiviti para peniaga di market. Tergerak hati aku bertanya peraih bergerak yang berniaga menggunakan van dan moto. Alhamdulillah.. 3 kali tanya, 20paket terjual. Lagi 10paket aku tak sempat bertanya. Terpaksa pederas dan bawak pi opis. 10paket tu.. habis kat opis.


Packing 500g oleh cik Naziah. Padat dan kemas.

Hari Khamis dan Jumaat, hasil menurun ke 6kg+6kg. Lambakkan kulat @peraih masih banyak. Jumaat, aku amik cuti. Pi ronda/cari pelanggan baru di pasar pagi berhampiran dengan bandar Sungai Petani. 2 kali tanya kat peraih cina, 2 kali kena reject - tak laku kata mereka. Bagi aku itu kata depa. Aku kata LAKU dan yang rugi adalah depa.

Tanya kali-3+4 kat peraih india dan melayu, teruih depa minta bekalan secra harian. Siap bagi telefon nombor. Itu yang paling penting bila mencari pelanggan baru. Bukan sekadar habiskan stok yang dok ada. Sebabnya aku boleh follow-up/confirm/allocate jika ada lebihan stok.

No comments: